Friday 9 December 2011

kerabu betik

Baca title kat atas tu mcm mood kemaruk nak ber-krismas la pula kan...haaa. Tapi tak yang bebenornye... Hohohoooo, baru lebih kurang 2 minggu tak meng-update blog, dah terasa macam berzaman tak update....semenjak 2 menjak ni, terasa kemalasan nak ngadap blog ni, takde idea pun ye juga ni.....anyway....As salam semua sahabat blogger, salam sejahtera....apa khabar kamu semua ? untuk yg tengah bercuti tu, enjoy ur day la kata orang kan....yang baru nak plan tu...plan la dengan bijak destinasi anda ( wahhh, gitu..ada mcm kata-kata pekerja travel agent tak ? hehehee ). Untuk yg baru balik bercuti tu....selamat kembali bekerja la ye utk yg bekerja.. 

Untuk entry kali ni, tak lain tak bukan nak cerita tentang makanan. Ngeeee, makanan..makanan..makanan.... Meh sini, nak cerita.. ari tu dok ngadap tv, layan channel masak-masak ala-ala jalan-jalan carik makan....ado la pula tertayang juadah  som tam ni a.k.a kerabu betik . Uols suka juadah ni tak ? Bila dah tengok, mula la tekak ni meroyan nak makan som tam juga tu yang kekadang malas nak melayan channel carik-carik makan ni... tapi kali ni takmo yang orang kedai buat, nak yg home-made....asli, boleh letak rencah sebanyak mana yg kita inginkan.  "Beli je kan senang....order, makan, balik." tu ayat mr hubby. Tetap juga nak buat sendiri, boleh dapat banyaaaaaakkkkk, puas makan.... kalo kat kedai, dapat semangkuk kecik je, rm 5. Tapi kalau didarab bahagi...lagi jimat beli kat kedai if nak dibandingkan dengan modal kalau buat sendiri.  


mula-mula: kita parut betik muda separuh masak @ betik yang mengkal
kemudian kita tumbuk ( jgn tumbuk sampai lumat, agak-agak pecah dah la ye.. ) bawang putih, cili padi, udang kering, kacang tanah, kacang panjang & tomato, pastu masukkan sos ikan & jus limau nipis..... then masukkan betik bersama udang geragau...gaul sebati.

tadaaaaaa...siap sudah kerabu betik kita, cukup masamnya, pedasnya..ada manisnya..ditambah pula dengan aroma udang keringnya....yummmmyyyyyyyyyyy



Thursday 24 November 2011

weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee........... TWILIGHT, Breaking Dawn - part 1 ini hari !! Berdebar - debar ni... ahaahahaa. Sekejap lagi ni nak berjimba ke panggung wayang, ngeeeee, dengan harapan panggung tak sesak dengan Twilighters & Twilight fans yang lain nya & tiket utk show ari ni masih ado !  Ada tak sesapa yang sanggup, suka & rela amik cuti ari ni semata-mata nak tengok crita ni ? 
 

http://rosseedward.blogspot.com/ & http://gracemanin.blogspot.com/
~ Jom kita layan movie ni, sambil menyesakkan lagi panggung yang dah tersedia sesak...hikhikhik

Sunday 20 November 2011

yeaa....yeaaaa.....


& it's time 2 go 4 ....... 


Destination.... ? 


 Any suggestions... ?


errmm, btw.......

 

Monday 7 November 2011

~ Ayam pencen masak kuzi & tebu di pagi raya ~

Ni sepatutnya entri semalam, ngeee....tapi disebabkan semalam busy berhari raya, so tertunda la ke hari ini... :)) Perkara biasa rasanya, bila tiba hari raya kita balik kampung, jumpa pula sanak saudara, rakan taulan, hrmm, dabel kompom ! memang sah ! xde masa nak ngadap benda lain dah kan ?. So semalam la juga saya try masak ayam pencen@ ayam tua masak kuzi. Sebenarnya ayam ni takde dalam perancangan, asal-asalnya nak masak tulang lembu masak kuzi, tapi kat pasar dah takde org jual tulang..semua HABIS ! terpaksa la cari alternatif lain, pakai ayam tua,  macam ni la yang akan jadi kalau esok hari raya, hari ni baru nak cari barang nak dimasak.

~ Ayam pencen kuzi ~ 



Bahan-bahan ;
1 ekor ayam 
500 ml santan
500 ml air
3 batang kulit kayu manis
5 biji buah pala
cili padi ( ikut selera ) - dikisar
30 gm kismis, direndam sampai empuk
1 tin ( medium ) tomato cincang
5 biji bawang putih - ditumbuk
10 biji bawang merah - ditumbuk
2 cm halia - ditumbuk
garam
1 kiub ayam
tomato dipotong 4 untuk hiasan
daun sup & bawang goreng utk hiasan

Cara memasak ;
1. perap ayam yg telah dibersihkan dengan bahan -bahan yang ditumbuk selama 1/2 jam.
2. panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, buah pala, cili padi & ayam yg telah diperap. Tumis hingga naik bau.
3. kemudian masukkan air, tomato cincang & sedikit santan. Simpan baki santan untuk diguna kemudian.
4. masak ayam dengan api sederhana & reneh sampai ayam lembut @ ikut selera anda, saya suka ayam tu liat sedikit. Masukkan  kiub ayam, kismis, garam secukup rasa & baki santan tadi. Tutup api sebaik sahaja kuah mendidih. Hiaskan dengan bawang goreng, daun sup & tomato. Hidangkan bersama ketupat pulut ataupun nasi himpit. selamat mencuba








Wednesday 2 November 2011

Monday 31 October 2011

Dream of being super-rich !!


Siapa yang tak mahu menjadi orang kaya & berharta ?. Siapa yang tak nak ada duit banyak ?, bak kata orang...duti tak habis makan walau 7 keturunan sekali pun.  Siapa yang bernah menyimpan angan & hasrat untuk menjadi orang yang paling kaya ?. ( being the wolrd's richest person ) Atau pernah berdetik kat minda "alangkah best nya kalau aku jadi anak orang kaya".  & siapa pula yang ingin hidup miskin, sudah lah miskin, hidup melarat pula tu...bak kata pepatah, "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang".

Rasanya hampir semua manusia normal, disudut pemikiran yang paling dalam, ingin menjadi orang kaya, hidup mewah, boleh berbelanja tanpa kompromi & tak perlu risau memikirkan soal kewangan. & memang sifat semulajadi manusia...bila miskin nak jadi kaya, dah kaya nak kaya lagi. Bila dah jadi orang paling kaya, ni kira super duper kaya la .  pun masih bertungkus lumus lagi kerja demi memperbanyakkan lagi pitis/ fulus yang dah sedia banyak. Kenapa ?. Mungkin kerana ini lah tuntutan kehidupan pada zaman materialistik sekarang..ada duit orang pandang, takde duit orang tendang !. Apa pula pendapat dan pandangan korang ?.

Kalau anda super-duper rich, apa yang akan anda lakukan ?. Adakah anda...... :


~ Beli segala macam pewangi idaman ? 


~ Beli kasut berjenama ?.

Kasut Christian Loubutin - purata harga sepasang 600 pounds ( Rm3,000 )

 ~ Beli beg jemana mewah ?

Hermes Birkin Bag - harga bermula dari 5300 pounds ( Rm25,015 ) sehingga boleh mencecah harga 50,000 pounds atau lebih.
   
Alexander McQueen bag bermula pada harga 845 pounds ( Rm4,229 )
~ Beli jewellry ? apa barang nak beli barang kemas kat W*** @ H***** kan ? custom made la kat jewellry boutique.... @ Tiffany ke... @ Chopard ke.....duit dah banyak kan..apa nak kisah soal harga......

Chopard
 ~ Bercuti di private island dengan cruise mewah ?


~ Menginap dekat hotel bertaraf 7 bintang  di Burj Al Arab dengan kemewahan Royal Suite ?.



~ Memilikki superbike, private jet ( toksah beratur panjang nak check-in ) & kereta mewah ?. Mesti ramai yang beratur nak ngendeng kita kan ?
Ducati 848
Mercedes SLS-AMG-Gullwing-safety-car-9

Private jet interiors design...mengalahkan susun atur sesetengah rumah.....hrmm
~ Mengidamkan mahligai mewah?. kawasan rumah seluas 5 padang bola, kat dalam ada panggung wayang, lorong bowling, swimming pool, bilik tidur 20, bilik air 15 ?. perghhh, gempak seyyyy......

 ~ Menjalani pembedahan plastik ? Tukar jantina ke ? erkkk...tak bersyukur betul kan?

~ Membeli rumah di Dubai Palm Islands ?.. untung-untung dok berjiran dengan David Beckam & Donald Trump ye dak..... :))



~ Beli baju idaman dari pereka fesyen terkemuka dunia?.



~ Credit card ? apa susah, if tak cukup cash money bila menyoping, credit card kan hado....gesek je la ...huhuhuuuu, indahnya, dunia "penyopingan" ana yang punya, huahuahuahuaaaaaa



 ~ Bina hospital, sekolah, rumah anak yatim @ segala kemudahan dikampung-kampung ?. (ohhh, so sweet.. ) 
~ Bina masjid ?. Alhamdulillah..........




~ Menderma kepada yang memerlukan, demi meringankan beban ....?






~ Atau menjalani kehidupan yang biasa & bersederhana walaupun pada hakikat wang berkepuk, harta berjuta .......... 



Friday 28 October 2011

Novel lama pun jadi laaaa.....

Tetiba mood nak membaca pula..dah lama sangat hampir 1 tahun rasanya tak berkecimpung dalam mood pembacaan novel ni... kalau dulu, seminggu 1 novel, barang wajib beli !! . Dah la seminggu 1 novel, dah beli siap balut lagi... sayaaannngggg & tuliskan juga tarikh dibeli, pastu simpan susun elok-elok dalam almari @ dalam kotak.  Bila kita buat camni, sah ! confirm ! buku or novel kita tu akan tahan lama... cuma berhabuk je la skit kot, ahakss. Disebabkan mood membaca yang tetiba..so saya pun bongkar kotak dalam stor, keluarkan novel satu persatu sambil mencari 'tajuk'  mana yang berkenan kat hati. :))  




Novel ni dibeli pada 18.05.2000 ~ setebal 240 muka surat, dah 11 tahun rupanya tersimpan didalam kotak. Jalan ceritanya pun dah lupa. TIRAI IMPIAN.
Sinopsis : Apalah ertinya percintaan ini.......  " Kujejak  kasih semalam, mengharung rindu bagai tak bersmusim. Kepayahan jua ku tatang bagai segunung intan. takdir yang datang kusisip penuh doa, penuh redha. kesabaran yang kupertahan bagaikan sebuah percaturan. Bukan sedikit pengorbanan ini. Melupakanmu jua adalah pengorbanan. lalu aku kembali ke daerah sepi ini. Mencari kekuatan yang kian hilang. Namun langkahku kaku. Kiranya kau disitu...... menghuni daerah sepiku. "


Novel yang ni pun dibeli pada 31.08.2000 ~  setebal 350 muka surat. SEGENGGAM IMPIAN
SINOPSIS ; Perlu apa ditanya jika dia enggan bercerita..   " Diakah pelarian yang tak menemui jalan pulang ? Bertahun merantau baru kini ditemui lubuk asal. Di sini, di tanah air sendiri, dia masih menjadi pelarian...lari dari realiti. Hakikat silam payahnya untuk ditelan, peritnya bagai dijerut, meluahkannya bimbang kasih yang ditanam mati kekeringan...... "

Esok lusa habis la novel ni saya baca..next time saya share lagi ngan uols novel yang lain pula yea.. :)

Thursday 27 October 2011

~ Darah Udang warna biru... ~

Tahukah kamu bahawa darah serangga berwarna KUNING ?. Serangga - kelas makhluk hidup arthropod yang mempunyai rangka sebuah badan 3 bahagian ( kepala, toraks & abdomen ), kaki 3 bersendi, mata majmuk & 2 antena.

Belalang

LadyBird
  
 & Tahukah kamu bahawa Udang mempunyai darah yang berwarna BIRU ?. cuba kerat isi udang, kamu akan jumpa yang darahnya berwarna biru.




& Tahukah kamu bahawa warna darah Mamalia ( antaranya : manusia / ikan paus / gajah ) berwarna MERAH ?. Hahaaa, soalan yang cliche barangkali..mesti lah semua orang sedia maklum kan ?, apadaaaaa . Warna merah itu adalah disebabkan oleh Hemoglobin yang terdapat dalam darah.  Mamalia - disifatkan - bernafas melalui udara & mempunyai tulang belakang, mepunyai jantung 4 ruang, badan dilitupi oleh bulu, mempunyai cuping telinga, bernafas melalui paru-paru, berdarah panas ( suhu badan tetap ) ,mempunyai kelenjar peluh, mamalia betina melahirkan & menyusukan anak kecuali mamalia yang sangat primitif seperti  Platypus 
 dan sesetengah Tenggiling .

Killer whale
White Bengal

& Tahukah kamu bahawa warna darah Reptilia ( antaranya; ular, iguana, kua-kura ) juga berwarna Merah ?. Reptilia - adalah haiwan yang disifatkan bertelur ( kecuali untuk sesetengah ular yang melahirkan/beranak ). Kulit yang bersisik & juga dikategorikan sebagai "berdarah sejuk".

Kura-kura

Buaya
Haiwan amfibia juga berdarah merah. Amfibia - Kelas haiwan vertebrata termasuk seperti katak, salamanders. Kebanyakkkan amfibia menjalani metamorforsis.

Katak
Salamanders