Saturday 27 August 2011

~ Kari kepala ikan ~




Bahan-bahan

Kepala ikan merah - sederhana besar
1 tangkai daun kari
3 sudu rempah kari ikan
100 ml santan pekat
2 cm halia
5 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris 
1 batang serai - dititik
1 cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
100 ml air 
sedikit air asam jawa


Cara-cara


1. Tumis semua bahan hirisan, daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga & bunga cengkih hingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari ikan.


2. Masukkan santan, serai & air. Kacau hingga mendidih.


3. Kemudian masukkan kepala ikan, garam, gula & air asam jawa, masak lagi dlm 5 minit atau sehingga ikan masak. Angkat & hidangkan.



Tuesday 23 August 2011

~ Petua Memasak ~

Untuk entri kali ni, saya nak kongsi beberapa petua yang saya dapat dari pelbagai majalah masakan, yang boleh diamalkan untuk menyedapkan lagi masakan anda mungkin.... Selamat mencuba. 

* SUPAYA SANTAN TAHAN LEBIH LAMA 
Caranya, anda hanya perlu perah kelapa dengan menggunakan air masak. Selepas itu, masukkan ke dalam periuk & tambah dengan sedikit garam kasar. Kemudian masak di atas api sederhana sehingga agak pecah minyak. Biarkan sejuk seketika & simpan di tempat yang tidak mudah terkena air. Biasanya santan yang sedemikian rupa boleh tahan selama 2 atau 3 hari. 

*ELAKKAN PEDIH MATA
Semasa mengupas bawang merah, biasanya mata kita akan berair. Untuk mengelakkan pedih, anda hanya perlu meletakkan sebiji bawang merah dihujung pisau. Selain itu, anda juga boleh mencuba menyimpan bawang yang hendak dikupas di dalam peti sejuk selama beberapa jam. Ia bukan sahaja tidak memedihkan mata anda, malah bawang berkenaan akan mudah dikupas.

*HILANGKAN GATAL KELADI
Keladi, antara sayuran yang sedap dimakan. Namun adakalanya tangan kita terasa gatal ketika menyiang keladi. Untuk mengatasi masalah itu, sebelum menyiang, anda hendaklah lumurkan tangan dengan asam gelugur. 

*HARUMKAN BAU BAWANG TUMIS
Bagi menaikkan bau wangi ketika menumis, pastikan bawang putih dicincang terlebih dahulu manakala untuk bawang merah pula masukkan sedikit garam.

*ELAK IKAN GORENG MELEKAT
Ketika menggoreng, kadang-kadang ikan melekat dikuali. Untuk megelakkan hal itu berlaku, anda hanya perlu memasukkan beberapa keping asam keping bersama ikan berkenaan. Ataupun, apabila minyak telah panas, masukkan sedikit tepung gandum kemudian baru masukkan ikan.

*HILANGKAN RASA PAHIT BUAH PERIA
Hiris buah peria berkenaan. Kemudian gaulkan dengan garam kasar. Biarkan seketika, selepas itu cuci dengan air bersih berulangkali. Hasilnya buah peria yang anda masak tidak akan merasa pahit.

*KACANG HIJAU MUDAH EMPUK
Ketika merebus kacang hijau, anda hendaklah masukkan sedikit minyak masak ke dalam periuk & letakkan di atas api. 

*MENGHILANGKAN BAU NASI HANGIT
untuk menghilangkan bau nasi hangit, caranya, ambilkan beberapa helai daun limau purut, kemudian cari-carikkan ia & masukkan ke dalam nasi.

*TAUGE TAHAN LAMA
Ambil sebiji limau nipis & belah dua. Masukkan potongan limau ke dalam air rendaman tauge. Biasanya tauge akan kelihatan segar & boleh bertahan selama beberapa hari.

*MELEMBUTKAN DAGING
Caranya, rebuskan daging yg sudah siap dicuci bersama satu sudu serbuk soda bikarbonat. Selain itu..anda juga boleh menggunakan daun nangka untuk tujuan yang sama. Daun nangka direbus bersama daging.

*KERANG MUDAH DIKOPEK
Ketika anda merebus kerang, campurkan sesudu minyak masak ke dalamnya. Dengan cara ini kerang akan mudah dikopek.

*KURANGKAN PEDAS CILI
Gulai yang dimasak lebih menyelerekan jika dimassukkan cili padi, cili hijau ataupun cicli merah. Namun ia amat memedaskan, untuk mengurangkan rasa pedas itu, ada baiknya anda buangkan tampuk & hujung cili tersebut.

*CILI TAHAN LAMA
Cili kering yang sudah siap dimesin, jika terlalu lama disimpan akan rosak & sebagainya. Untuk mengelakkan ia berlaku, cicli tersebut hendaklah dimasak terlebih dahulu. Masukkan sedikit garam. selepas itu, biarkan sejuk sebelum dikisar. 

*SAYUR CELUR KELIHATAN SEGAR
Sayur-sayuran yang dicelur jika dimakan bersama pencicahnya, amat menyelerakan sekali. Tapi adakalanya , sayur-sayuran berkenaan kelihatan layu. jadi, supaya ia segar, masukkan sedikit minyak masak kedalam air rebusan ketika anda hendak mencelur sayur tersebut.


SELAMAT MENCUBA.......

~Harmful effects of anger~

* Just nak share apa yang telah saya baca ari ni.





" Anger is a self - created disturbance of our inner peace. "

When a person is angry, much of his or her energy is wasted. Diseases, especially psychosomatic ailments, heart diseases & nervous disorders, are related to an angry frame of mind. 

Angry even has the power to break the friendship of close friends. It turns friends into critics. 
Businessmen lose clients, if in a fit of anger, they speak harshly or in threatening tones.

Our reason & balance of mind are destroyed in such a way that some even commit grave such a murder. They repent later but it is too late. It is therefore essential for us to control and even eliminate anger because it is harmful physically, mentally & spiritually. Elimination of anger brings peace. If we control our anger, half of our spiritual endeavours are fulfilled because control of anger means control over the mind.


Do you feel resentment towards another ? Do you want to punish the person or teach him or her a lesson ? ask yourself if you are willing to resolve this conflict. Are you sure they started it and are determined that they should finish it ?. These are signs that you are unwilling to resolve the conflict peacefully. Unless you are willing to reach a resolution, the conflict will remain.


In conflict, there is always a solution - if you really want to find one. Be the one who takes the first step toward peace. 

By ; Bridget Menezes - author of Self-Empowerment and Spiritual Counsellor.







Sunday 21 August 2011

CHOKING ( foreign body airway obstruction ) / TERCEKIK

 ~ FAKTOR - FAKTOR RISIKO ~ 

* Menelan bahagian makanan yang besar.
Ketulan makanan besar yang tidak dikunyah dengan betul.
* Aras alkohol yg berlebihan dalam darah.
* Gigi palsu.
* Main, menangis, ketawa atau  bercakap semasa makan atau  ketika benda asing berada di dalam mulut

~ PENCEGAHAN ~

Makanan dipotong kecil & dikunyah perlahan - lahan dengan betul terutamanya jika menggunakan gigi palsu .
* Elakkan daripada meminum minuman keras dengan berlebihan.
* Larang kanak - kanak daripada berjalan, berlari ataupun bermain semasa makan atau apabila ada benda di dalam mulut mereka.
* Jauhkan benda - benda ( misalnya guli, manik, butang, paku payung,) daripada bayi & kanak - kanak yang masih kecil. 



 ~ SIGNS & SYMPTOMS / TANDA-TANDA ~ 

* Kulit, kuku & bibir kelihatan lebam birat ( biru-kebiruan ) - Sianosis
* Sesak nafas
* Tidak berupaya untuk bercakap, bernafas & batuk 

~ Tanda umum bagi tercekik ~
 

~ Pengurusan bagi tercekik ( HEIMLICH MANEUVER ) ~

~ 4 langkah ~

 1. Bertanya kepada mangsa - ( Adakah awak tercekik ? ) 


2. Cari titik pusat.  


3. Letakkan genggaman ke bahagian atas titik pusat 


4. Tempatkan satu lagi tapak tangan ke atas genggaman & menekan perut mangsa ke dalam & ke atas sehingga benda asing terkeluar. 







~ Apakah yang patut anda buat jika anda tercekik semasa bersendirian ? ~
Ketika bersendirian, lakukan begini & sehingga benda asing terkeluar.





~ Bagi wanita mengandung / seorang yg berbadan besar ? ~ 


~ Untuk seorang bayi ? ( berumur 1 tahun ke bawah ) ~ 




~ Untuk kanak - kanak ( 1 hingga 8 tahun ) ~




~ Dan perlu diingat sekiranya masalah tercekik berterusan, hendaklah membawa pesakit ke hospital berdekatan & berjumpa doktor dengan segara . ~

Wednesday 17 August 2011

~ Ayam Coca-cola ~



Coca-Cola ? kenapa ada pic ni ? apa kaitannya ?. Ahaa..nak tau ? meh baca lagi...
Untuk entry kali ni...saya nak kongsi satu resepi yang simple,  menyelerakan & senang disediakan, iaitu... "Ayam Coca-Cola." Resepi ni lebih kurang mcm resepi "Ayam Masak Kicap" juga, cuma kali ni saya tidak menggunakan kicap, sebaliknya saya gunakan  air coke untuk menggantikan kicap... pelik ke? haha...takde la..apa salahnya sesekali kita mempelbagaikan  cara untuk memasak menu harian kita.... 





Bahan-bahan ~ 

1/2 ekor ayam
1 tin air coke
100 ml air
1 inci halia ( kisar )
4 biji cili padi ( ikut selera ) (kisar )
2 biji bawang merah ( kisar )
2 ulas bawang putih ( kisar ) 
1 biji bawang besar ( dipotong kasar )
2 inci kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
1 biji cengkih 
garam
ajinomoto
daun bawang 
sedikit serbuk kunyit


Cara-cara~ 


1. Bersihkan ayam - gaul bersama serbuk kunyit & garam. kemudian goreng separuh masak, angkat & ketepikan.
2. Tumis kesemua bahan kisar tadi bersama kulit kayu manis, cengkih & bunga lawang sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam, gaul seketika, kemudian tuangkan air coke & air - biar mendidih.
4. Masukkan garam & ajinomoto secukup rasa - gaul sebati, masak lagi selama 5 minit, kemudian masukkan bawang besar bersama daun bawang, gaul sebati, angkat & hidangkan. 


Selamat mencuba... 

~ TJ~~~



 

Saturday 13 August 2011

~ manuk pansuh / ayam masak dlm buluh ~

 Time puasa mcm ni..tekak ni ada pelik skit, haha...nak makan itu la...teringin yg ni la.. tapi bila time berbuka & juadah dah tersedia depan mata, bukan makan sangat pun...minum air je yg lebih. So apa kata utk mempelbagaikan juadah berbuka ..meh saya kongsi salah satu resepi yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Manuk pansuh or ayam masak dlm buluh. 


 


Bahan-bahan ~

1/2 ekor ayam ( dipotong )
1 batang buluh lemang (dicuci dalamnya terlebih dahulu ) 
2/3 helai daun bungkang (daun ni hanya boleh didapati di sarawak ) ataupun  bunga kantan (ye la..kat semenanjung ni mana nak dapat daun tu ye tak? )
2 tangkai bunga kantan( dihiris nipis )
2/3 tangkai pucuk ubi (dihiris / digosok sehingga layu )
1 cawan air 
sedikit garam
sedikit ajinomoto

Cara-cara ~

1. Bersihkan ayam & gaul bersama bunga kantan, pucuk ubi, air, sedikit garan & ajinomoto secukup rasa - gaul sebati. 

2. Masukkan kesemuanya ke dalam buluh tutup permukaan buluh dengan sedikit gumpalan daun pucuk ubi utk menghalang haba & aroma masakan dari dlm buluh keluar .

 3. Kemudian bakar diatas api sederhana ( mcm kita bakar lemang ). Boleh juga dibakar diatas dapur gas hingga masak ataupun sehingga air didalam buluh sudah mendidih dan mula mengalir keluar dari atas permukaan buluh. Itu maknanya ayam kita dah masak...tuang & hidangkan ketika masih panas... selamat mencuba......


~~ TJ ~~~

Wednesday 10 August 2011

~ Relakan perpisahan itu demi cinta

P/s; entry ni bukan saya yg karang..saya cuma copy & paste sahaja hanya utk berkongsi apa yg telah saya baca. Dan saya begitu tertarik . Nukilan ini saya ambil dari ~  http://genta-rasa.com/2011/07/05/relakan-perpisahan-itu-demi-cinta/#more-1418

Kadangkala aku sendiri kebingungan. Bila ditusuk soalan demi soalan. Bagi yang telah merasa cinta… Bagi yang belum merasanya. Cinta tidak habis-habis diperkatakan, walaupun telah berkali-kali aku pesankan bahawa cinta itu bukan Tuhan!
Dulu aku pernah mengingatkan diri sendiri, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Namun, mengapa hati masih tidak mahu percaya? Kekadang, jalan berapi ditempuh jua. Ah, bujukan nafsu terlalu melulu. Sudah terantuk baru terngadah. Sudah berdarah, baru berubah.
Pada remaja yang terus bertanya… Pada ’retua’ yang terus meminta… satu kepastian, satu panduan… terus-terang kukatakan aku sendiripun terus bertanya dan terus meminta. Tidak mungkin aku memberikan apa yang aku tidak punya! Tetapi itu bukan alasan untuk menyerah. Mencari dan terus mencari, itulah yang lebih berharga. rasa belum memiliki adalah modal terpenting untuk memiliki cinta… cinta Allah.
Itulah cinta pertama dan cinta utama. Walaupun sudah berkali-kali kalimah itu disebutkan, tetapi yang mendengar cuma telinga dan akal, bukan jiwa dan hati. Hati masih tuli… Jiwa masih alpa… Bila dia berani berkata dan merasa, cinta yang dicari lebih baik daripada cinta yang ditemui! 


Relakanlah perpisahan itu demi cinta 

 Pernahkah kita terasa tiba-tiba sahaja seolah-olah tidak mengenali pasangan kita? Mengapa dia menjadi “manusia lain”? Seakan-akan kita belum pernah mengenalinya walaupun telah berumahtangga sekian lama. Jika kita pernah mengalami perasaan itu, jangan terkejut. Ia adalah perkara biasa. Bukan sesuatu yang luar biasa.
 Itu semua gara-gara warna sebenar (true colours) pasangan kita mula terserlah. Satu demi satu wataknya yang tersirat mula tersurat. Mengikut kajian pakar perkahwinan, hanya setelah usia lima tahun perkahwinan, barulah masing-masing (suami dan isteri) mengeluarkan semua sikap dan perangai mereka yang tersembunyi.
 Pernah kita baca di dada akhbar  bagaimana kelohan seorang isteri yang telah disimbah asid oleh suaminya. Katanya, “setelah tiga bulan berkahwin barulah saya sedar bahawa suami saya sebenarnya seorang yang panas baran.” Ironinya, mungkin pasangan itu telah bercinta (berpacaran) tiga tahun sebelum mereka berkahwin. Bayangkan, tiga tahun bercinta tanpa mengenal diri kekasih yang sebenar. Benarlah cinta itu buta.
 Cinta kerana nafsu memang buta. Kita dikelabui oleh daya tarikan fizikal sehingga tidak punya mata hati dan akal untuk mengenal siapa yang kita cintai dengan tepat dan betul. Selama tiga tahun bercinta mungkin yang kita ‘gunakan’ cuma nafsu dan emosi bukan fikiran dan hati. Al hasil, setelah tabir perkahwinan mula diangkat, tabir percintaan pun berlabuh. Realiti tidak seindah ilusi. Kenyataan berbeza sungguh daripada impian.   
Masa bercinta, warna sebenar – true colours pasangan kita tidak akan ketara. Dia boleh bermuka-muka dan rela mengikut selera, minat dan jalan hidup kita. Dan kita juga rela mengikut segala kehwendaknya. Kita dan dia mabuk cinta! Namun semakin lama berumah-tangga, maka semakin ketara kelemahan dan kekurangan. Apakah dia umpama bulan yang dipuja dikejauhan oleh Sang sastrawan tetapi botak dan berlopak di mata seorang angkasawan?
 Pada tahap ini, ramai yang mula menyesali diri. Mengapa dia yang ku pilih? Tanpa sedar bahawa pada masa yang sama, dia juga mungkin berbisik mengapa kita yang dipilihnya? Inilah bibit-bibit yang boleh meruntuhkan sebuah rumahtanga. Yang nekad, rela berpatah arang lalu menempuh jalan penceraian. Yang penakut, menunggu dengan resah memendam perasaan… tanpa ada lagi keceriaan.
Manusia adalah makhluk yang sentiasa berubah. Ia punya hati yang sangat konsisten untuk berbolak-balik. Bila hati berubah, fikiran dan tingkah laku juga akan berubah. Untuk kita mengenal manusia (termasuk pasangan kita) kita terpaksa mengenali perubahan itu. Ah, ini suatu yang sangat sukar. Masakan tidak, untuk mengenal hati sendiripun acapkali kita tidak mampu… inikan pula hati orang. Sukar diduga dan ditebak.

 

Saturday 6 August 2011

~ kek batik ~







Bahan-bahan ~
250 gram biskut marie ( dipecahkan )
250 gram coklat masakan
250 gram butter
6 sudu besar milo / serbuk koko
2 biji telur gred A
3 sudu makan susu pekat manis ( sesuai rasa )

Cara-cara ~
cairkan butter & coklat - kacau hingga sebati
kemudian masukkan susu manis & milo - kacau rata
then masukkan telur - kacau sampai pekat ( diatas api sederhana )
kemudian masukkan biskut marie yang telah dipecahkan tadi & gaul hingga sebati
akhir sekali, masukkan adunan yang telah masak itu kedalam bekas / loyang....tekan atau padatkan adunan tadi hingga rata, dan sejukkan didalam peti sejuk ( semalaman lebih bagus )
setelah itu..potong dan hidangkan...... selamat mencuba. 

~ kupang bakar ~



Hari ni hari ke -5 berpuasa, & terasa malas nak memasak,  so... pergi meronda kat baazar ramadan la jawabnya, ( berniat nak beli kupang bakar ) nak cari lauk berbuka yg membuka selera la kononnya ....bermacam lauk pauk tersedia...dari pucuk ubi masak lemak, kangkung belacan, puyuh berkicap hingga ke nasi beriani - kurma kambing. Pendek kata semua ada la...Dari hujung ke pangkal baazar habis diredah, tapi......xde satu pun lauk yg memikat selera. Dengan masa yg berbaki lagi 2 jam utk berbuka,  saya & suami mengambil keputusan utk singgah di pasar basah mencari kupang, fuhh, nasib baik lah ado....memang rezeki la katakan. Mula - mula tak nak masak....last - last masaaak juga, ngeeee. Tapi xpe..masak sendiri lagi puas hati & kebersihan pun terjamin, tak gitu ?.






Bahan-bahan ~
500 gram kupang ( ikut selera, ikan pari pun boleh..udang @ sotong )
20 tangkai cili kering ( ikut selera )
5 tangkai cili merah ( ikut selera )
5 biji bawang merah
5 biji bawang putih
2 batang serai
2cm kunyit hidup
2cm halia
1cm lengkuas 




Cara-cara
bersihkan kupang & toskan,
kisar kesemua bahan diatas
kemudian tumiskan bahan kisar tersebut diatas api sederhana sehingga naik bau. Masukkan gula & garam secukup rasa...gaul sampai sebati atau sampai agak pekat, kemudian angkat & ketepikan. 


Panaskan kuali leper / kuali untuk buat burger. Lapik dengan aluminium foil & lapikkan lagi diatasnya dengan daun pisang.. Masukkan kupang & bakar hingga 3/4 masak, kemudian tuangkan bahan tumisan tadi keatas kupang. Bakar lagi dalam 5 minit, angkat & hidangkan bersama potongan limau kasturi untuk rasa yang lebih kick.

Friday 5 August 2011

~ puding fruit cocktail ~

Hari ni saya try buat puding buah , heheee.....dah bertahun agaknya saya dah tak buat puding ni.

 


Bahan untuk custard ~
1 cawan tepung custard 
5 cawan air
2 sudu makan gula ( ikut selera )

Cara-cara ~ campurkan kesemua bahan tadi, & masak diatas api sederhana hingga menjadi pekat & likat. ( sehingga warna bertukar dari kuning ke kuning lutsinar ). Kemudian masukkan dalam bekas @ loyang , biarkan sejuk ( untuk lebih sedap..simpan dalam peti sejuk ). & potong kiub.

Bahan kuah
1 tin fruit cocktail / mix fruit                    
1 tin susu cair 
1 liter air
gula ( secukup rasa, ikut selera )
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara ~ campurkan susu cair, air, gula & esen vanila ke dalam periuk & masak sehingga mendidih diatas api sederhana. Kemudian sejukkan ( untuk lebih sedap, simpan dalam peti sejuk ) .Tuang keatas custard yang telah dipotong tadi bersama 1 tin mix fruit & hidangkan.....