Thursday 29 September 2011

" Mengapa Cinta Semakin Pudar "

" Awak... - apa yang awak buat bila bosan ? "
" Saya pula.... "
Bila kebosanan melanda, majalah lama yang tersimpan hingga berabuk la yang menjadi mangsa, peneman setia yang tidak banyak bicara, memaparkan apa yang terkandung di dalamnya. Helaian demi helaian, akhirnya singgah  pada satu artikel bertajuk "mengapa cinta semakin pudar ?" Saya pun terfikir untuk berkongsi isi ceritanya. ( kongsi dengan awak, awak & juga awak...ahaksss  )

Jika cinta semakin pudar di hati, kasih sayang akan mula terhakis & terancam walaupun kita bermati-matian mengatakan cinta itu tetap milik kita. 

Mungkin kita tersalah langkah barangkali. Salah bertindak, juga salah mengadaptasikan kembali rasa cinta itu kepada suatu hubungan yang harmonis. Justeru itu cinta akan semakin jauh untuk dikembalikan, semakin jauh juga untuk diraih & sebagainya. 



Mengapa cinta semakin pudar ?
Mengapa susah meraih cinta ?

Mungkinkah antara penyebabnya.....

1. Bertemu org lain yg dirasakan sangat memahami jiwa raga anda & merasakan sikap pasangan semakin membosankan ? 
2. Cuai menjaga hati ? Mungkin pada sesetengah pasangan beranggapan, bila kata-kata sayang sudah diluahkan, itu tandanya satu ikatan sudah termeterai. Namun terkadang kita terlupa, jika hanya ucapan di bibir tapi tidak disertakan dgn cara, perbuatan & sebagainya, hati tidak akan merasai nikmat cinta itu.  
3. Bosan ? Selain bertemu org lain & cuai menjaga hati, bosan juga adalah satu penyebabnya barangkali. Bila menjalin hubungan terlalu lama, terikat dengan satu komitmen, anda akan mudah berasa bosan. Ditambah lagi bila asyik bertemu org yg sama, bekerja ditempat yg sama, pergi balik juga bersama. Akan tetapi, untuk org yg bijak menangani situasi..keadaan sebegini adalah satu bonus utk menyemarakkan cinta.
4. Jarak semakin jauh ? Berasingan tempat tinggal kerana tuntutan kerja masing-masing. Seorang di utara, seorang lagi nun jauh di selatan.
5. Tiada lagi persefahaman ? Semakin lama mengenali pasangan, sedikit sebanyak sudah tahu buruk & baiknya. Apabila semakin byk keburukan yg anda nampak, anda akan semakin menjauhi pasangan dengan pelbagai alasan. Selain itu juga, anda akan kerap berselisih pendapat walaupun untuk hal yg remeh temeh apabila cinta tidak lagi wujud. 

~ ~ Jangan lah menjauhi cinta, kerana cinta itu indah ~ ~

No comments:

Post a Comment