Tuesday 11 October 2011

Adakah Buah Pinggang Anda BERISIKO ?


Perkara Yang Perlu Anda Tahu 
1. Adakah anda tahu tentang fungsi buah pinggang anda ?
~ Menuras toksin & cecair yang berlebihan ( membersihkan darah )
~ Membantu membina sel-sel darah merah
~ Mengawal atur tekanan darah
~ Memelihara kekuatan tulang

2. Apakah faktor-faktor risiki kegagalan bagi buah pinggang ? 
~ Kencing manis
~ Tekanan darah tinggi
~ Batu karang
~ Nefritis ( radang buah pinggang )
~ Ubat

Penyakit Buah Pinggang Kronik ( CKD ) tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom pada fasa permulaan 

3. Adakah anda tahu tentang tanda & simptom-simptom berkaitan jika ia wujud ?
~ Keletihan
~ Kurang selera makan, anoreksia
~ Bengkak pada bahagian kaki & muka
~ Kulit berubah ( pigmentasi , kegatalan )
~ Sesak nafas ketika menggunakan tenaga yang banyak
~ Rasa loya & muntah
~ Anemia ( kekurangan sel darah merah )

4. Mengapakah anda perlu Mengawal Pengambilan Protien anda ?
~ Ini adalah untuk mencegah pengumpulan bahan buangan di dalam badan .
~ Dengan mengurangkan pengambilan protein daripada makanan, beban buah pinggang dapat dikurangkan & dengan itu kadar kerosakkan buah pinggang dapat dilambatkan.
~ Pengurangan pengambilan protein yang tinggi adalah berkaitan dengan pengurangan fosfat, yang mana kemudiannya dapat membantu mengekalkan komposisi tulang. 


Amalkan budaya bersenam - bersenam baik utntuk kesihatan

10 Langkah Untuk Mengelakkan Penyakit Buah Pinggang.
1. Amalkan diet yang seimbang. Lebihkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran.
2. Meningkatkan aktiviti fizikal. Sekiranya anda mendapati bahawa perlunya anda menurunkan berat badan anda, lakukannya sebaik mungkin. Dengan cara ini anda juga dapat mengelakkan diri dari penyakit diabetis jenis  yang kebiasaannya boleh menyebabkan penyakit buah pinggang.
3. Pastikan anda sentiasa mengawal tekanan darah anda. Sekiranya anda mempunyai penyakit tekanan darah tinggi, sentiasa pastikan yang ianya berada pada tahap bacaan yang selamat.
4. Buat ujian tahap kolestrol sekurang-kurangnya sekali setahun. Tanyakan kepada doktor anda apakah diet dan kaedah yang boleh anda lakukan bagi memastikan tahap kolestrol anda berada pada tahap yang normal.
5. Kawal kandungan gula di dalam darah anda. Sentiasalah melakukan ujian darah untuk melihat tahap gula darah anda.
6. Sentiasa berwaspada terhadap jumlah pengambilan garam seharian anda. Sentiasa pastikan pengambilan garam harian anda kurang dari 2,300 mg sehari atau seperti yang disarankan oleh doktor anda.
7. Berhenti merokok. Tabiat merokok akan merosakkan pembuluh darah di buah pinggang anda dan menyebabkan atau memburukkan lagi masalah fungsi buah pinggang anda.
8. Elakkan penggunaan dalam jangka masa yang lama ubat-ubatan steroid yang bersifat anti-inflamasi seperti ibuprophen dan juga mefenamic acid.
9. Elakkan diri dari terdedah kepada logam berat seperti arsenik, kadmium, chromium, lead dan merkuri.
10. Lakukan pemeriksaan secara kerap. Dengan cara ini and dan doktor dapat mengesan bagaimana keadaan dan kesihatan buah pinggang anda. Sebahagian besar penyakit buah pinggang dapat dilambatkan bahkan dapat disembuhkan sekiranya dapat dikesan diperingkat awal.

Sumber : http://healthmad.com/conditions-and-diseases/12-ways-to-avoid-kidney-disease/

2 comments: