Sunday 9 October 2011

~ ketam telur masin ~

Awak semua suka makan ketam tak ? meh ni nak share satu resepi ketam. Resepi ni takde la se'istimewa' mana, biasa je. Mungkin uols pun pernah try resepi ni kot.  Selalunya ketam ni dimasak lemak , black pepper, sweet sour, dibakar ( kita bakor jer...hehe )...ermm, apa lagi? ketam masak asam pedas ? ketam kari ?.. & selalunya pun saya masak black pepper je. Tapi kali ni saya masak KETAM TELUR MASIN. Resepi ni simple je, bahan-bahan pun tak banyak.... 

Tadaaaaaaa........ Yummmyy..........


Saya pakai ketam yg ni, kalau anda nak pakai ketam bunga tu pun boleh..
  
Bahan-bahannya : 
 1 kg ketam
5 biji telur masin (kukus / rebus ~  ambil yang kuning sahaja )
5 biji cili padi ( ikut selera )
tepung jagung ( untuk digaul dengan ketam )
2 tangkai daun kari
3 sudu besar mentega / butter
3 sudu besar susu cair
gula ( secukup rasa )
garam ( secukup rasa )
1 sudu besar lada putih ( ditumbuk halus )
minyak untuk menggoreng

Cara memasak :
~ Gaul ketam yg telah dibersihkan dengan tepung jagung sehingga rata, kemudian goreng ketam hingga kekuningan, angkat & ketepikan.
~ Kukus / rebus  telur masin tadi, bila dah masak, ambil bahagian kuning sahaja & lenyek dengan garpu sampai berderai & ketepikan.
~ Panaskan minyak, masukkan mentega / butter, cili & daun kari, tumis sehingga naik bau.
~ Kemudian masukkan susu cair, garam, gula & lada putih secukup rasa.
~ Masukkan kuning telur yang telah dilenyek tadi.
~ Akhir sekali masukkan ketam & gaul sebati. Hidangkan ketika masih panas....

Ringkas & mudah kan ? selamat mencuba...... :))

3 comments:

  1. sedap mai nya Cey..nsb ku dh kenyang..hehe..nyankung makai..:)

    ReplyDelete
  2. thanks....hahaaa, try la resepi nya...mabeles la ( padaku la, hehe )

    ReplyDelete
  3. hehehe..bla meh ka try neh..:P

    ReplyDelete