Sunday 23 October 2011

Kuih apam polka dot . . . .

Hari ni saya try buat kuih apam pula.. Apam Polka Dot...tapi takde la dot sangat pun..hehe. Aktiviti "saje" untuk menambahkan lagi kerja rumah yang dah sedia banyak... Saya punya la excited nak membuat kuih ni, tetiba satu bahan hilang, TELUR !! laaaa, lupa nak beli rupanya..hrmmm * fikir kejap, nak keluar beli, malas.... aahhh, pinjam kak ida punya dulu la.. ( kak ida tu jiran saya la ) Nasib baik la ada jiran yang baik sudi meminjamkan telur 3 biji..hehe ( tu la guna nya dok berjiran, tolong menolong..haha ). Honestly, sebelum ni memang tak pernah try buat kuih ni, selalunya beli je. Ternyata buat kuih ni takde la serumit mana..simple je.



 Bahan-bahan : 
~ 3 biji telur ~ dari peti sejuk ( that's mean kena sejukkan dulu la telur tu dlm peti sejuk ) 
~ 275 gram tepung gandum
~ 220 gram gula halus
~ 150 gram susu segar ( saya tukarkan dengan santan )
~ 3 sudu teh baking powder
~ 1 sudu kecil ovalett
~ pewarna ~ ikut suka masing-masing
~ filling yg secukupnya (masuk ke dlm piping bag@ pakai plastik bersih pun boleh, gunting sedikit bahagian hujungnya )
* filling ni boleh beli dari bakery shop, if nak lagi senang, guna jem roti @ kaya pun boleh.. & selalunya org pakai inti kelapa utk filling ni


Cara-cara membuatnya :
~ Pukul telur, ovalett & gula sampai gebu pada kelajuan maximum selama 4-6 minit.
~ Kemudian masukkan tepung, susu/santan & baking powder, pukul lagi hingga adunan sebati.
~ bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa masing-masing. Masukkan setiap adunan tadi ke dalam piping bag @ plastik yang bersih.
~ Picitkan adunan *1/4 mengikut warna pilihan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun di dalam acuan lompang.
~ Setelah itu, picitkan filling @ jem @ inti kelapa secukupnya.


Saya buat macam ni...... :))
~ Kemudian picitkan lagi aduan sehingga 3/4 penuh & dot-dot kan dengan warna pilihan . * atau terpulang pada imaginasi anda bagaimana hendak menghias.

Selain dari dot-dot, saya juga lukiskan bentuk yg lain, mcm ni :))
~ Kukus didalam periuk kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit - siap !!

 

Haaa..yg ni pula adunan yg last..dah penat nak lukis & dot dot kan..heheee
  Selamat mencuba....... :))

8 comments: