Monday, 7 November 2011

~ Ayam pencen masak kuzi & tebu di pagi raya ~

Ni sepatutnya entri semalam, ngeee....tapi disebabkan semalam busy berhari raya, so tertunda la ke hari ini... :)) Perkara biasa rasanya, bila tiba hari raya kita balik kampung, jumpa pula sanak saudara, rakan taulan, hrmm, dabel kompom ! memang sah ! xde masa nak ngadap benda lain dah kan ?. So semalam la juga saya try masak ayam pencen@ ayam tua masak kuzi. Sebenarnya ayam ni takde dalam perancangan, asal-asalnya nak masak tulang lembu masak kuzi, tapi kat pasar dah takde org jual tulang..semua HABIS ! terpaksa la cari alternatif lain, pakai ayam tua,  macam ni la yang akan jadi kalau esok hari raya, hari ni baru nak cari barang nak dimasak.

~ Ayam pencen kuzi ~ 



Bahan-bahan ;
1 ekor ayam 
500 ml santan
500 ml air
3 batang kulit kayu manis
5 biji buah pala
cili padi ( ikut selera ) - dikisar
30 gm kismis, direndam sampai empuk
1 tin ( medium ) tomato cincang
5 biji bawang putih - ditumbuk
10 biji bawang merah - ditumbuk
2 cm halia - ditumbuk
garam
1 kiub ayam
tomato dipotong 4 untuk hiasan
daun sup & bawang goreng utk hiasan

Cara memasak ;
1. perap ayam yg telah dibersihkan dengan bahan -bahan yang ditumbuk selama 1/2 jam.
2. panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, buah pala, cili padi & ayam yg telah diperap. Tumis hingga naik bau.
3. kemudian masukkan air, tomato cincang & sedikit santan. Simpan baki santan untuk diguna kemudian.
4. masak ayam dengan api sederhana & reneh sampai ayam lembut @ ikut selera anda, saya suka ayam tu liat sedikit. Masukkan  kiub ayam, kismis, garam secukup rasa & baki santan tadi. Tutup api sebaik sahaja kuah mendidih. Hiaskan dengan bawang goreng, daun sup & tomato. Hidangkan bersama ketupat pulut ataupun nasi himpit. 


Selamat mecuba... :)) Hrmmmm, ni nak story lagi aktiviti dikampung sempena hari raya haji..heheehh. Kebiasaannya, bila hari raya, orang (lelaki) pergi sembahyang raya, pakai cantik-cantik , menikmati pelbagai juadah yang menyelerakan, menyaksikan ibadah korban @ aqiqah di masjid berdekatan, tunggu sedara mara datang bertandang... tak pun berkunjung ke rumah sahabat handai kan?. Akan tetapi..taun ki kitorang buat kelainan di pagi raya..tau kita buat apa ? kami pergi cari tebu kat semak belakang umah !! haaa, kau ado ???

e'eh, kaki sapo lak tu yeaa...?
Kami pergi ber-4, saya, biras & adik ipar 2 orang bertemankan parang & kamera...ahaks... sambil mengimbau kenangan di zaman kanak-kanak... seronoknya...riuh rendah semak belakang rumah tu sebab kitorang, sampaikan ada sorang 2 jiran datang menjengah. :)) Pelik agaknya dengar kami bergelak ketawa. Sambil menebang tebu, sambil ketawa, sambil posing !!  adoiyaiiii

tu saya, dibalik rumpun tebu.... tgh mencantas pokok yang dirasakan sesuai..hehehee

ni sebahagian tebu yg telah kami tebang dengan jayanya....hahaaa
Ada la dalam 20 batang kot tebu yang berjaya kami tebang... here come sesi mencuci batang tebu untuk dihantar ke gerai jual air tebu untuk dimesin. Tumpang mesin tebu pokcik gerai tepi jalan tu, bayar rm3 dapat berjug-jug air tebu freshhhhhhh, terrrrrrbaik dari ladang !! kat bandar mana dapat harga mcm ni dengan  mcm ni punya fresh air tebu....

hampir terlupa pula...saya dapat hadiah juga, buku masakan ni dari adik ipar saya...yeaaaa, sukanya macam la orang lain tak pernah dapat hadiah...huhuhuuu
 

No comments:

Post a Comment