Tuesday, 8 November 2011

~ Black pepper steak 4 b/fast ~

Selamat pagi blogger semua..... apakhabar kamu semua hari ni? Selasa - ari ni kebanyakkan dah start naik kerja kan? so takde juga la rasanya monday blues kan? eheheee, & diharap agar semua yang dirancang berjalan ngan lancar yea..

Oh ya...entri kali ni nak share resepi Black Pepper Steak. Saya buat untuk sarapan pagiiiii....haha, berat punya sarapan . Saya guna daging segar, tapi part yang belah mana saya pun tak tau....janji semua daging, yang penting takde lemak bersalut kat isinya. Mula-mula, potong daging setebal 3 cm, kira-kira sebesar tapak tangan @ ikut selera masing-masing la kan.... kemudian saya perap daging tadi tu dengan sos lada hitam semalaman dalam peti sejuk. Kebiasaannya, perap selama 30 minit pun dah memadai. Kenapa perlu perap?, untuk membolehkan perasa sos perapan tu meresap 'masuk' ke dalam daging yang kita nak masak disamping dapat melembutkan lagi daging tersebut. Tu info yang saya baca dari buku masakan la....& terbukti nyata kesahihan info tersebut...ngeee

Perap daging dulu.......

Saya guna sos yang ni, dari perapan hingga ke dippingnya,  jenama sos ni memang omputeh abis, SWISS BEAR..... tapi dibuat & dikilangkan di Shah Alam, Selangor. & yang paling penting HALAL.
Cara-cara : 
~ panaskan frying pan & cairkan sedikit butter, kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi. Masak dengan high heat, selama lebih kurang 15 minit kemudian terbalikan..masak lagi selama 15 minit juga @ sehingga daging masak @ sehingga daging tidak lagi berwarna pink @ berdarah. Ye la...biasanya orang kita makan steak yang well-done. Tapi kalau kamu suka  rare steaks, boleh la dimasak selama 1 minit setiap belah, & untuk medium pula, 8-10 minit. Terpulang pada selera masing-masing...... Nak masak dalam microwave oven pun boleh, lagi senang.

~ Sementara menunggu daging masak, saya sediakan pula bahan sampingan steak saya, if kat kedai ada french fries, jagung, mayo salad @ mashed potatoes. Tapi disebabkan steak ni home-made punya...so takde la semua tu.... saya guna carrot, bunga kobis yang dicelur  & tomato segar.  Kemudian hias kat pinggan mengikut citarasa anda sementara menunggu daging masak....

Tadaaaa...siap sudah black pepper steak saya
Selamat mencuba..... :))

6 comments:

  1. Hebart.. pepagi makan steak. Omputih pun kalah ni. Heheh.. Takpe la takde side dish yg lengkap. Kubis bunga tu dah berjaya menipu pandangan mata sbb saya ingatkan mashed potato. Heheh.

    ReplyDelete
  2. memey & cik tikah : thanks... :))

    Lydsunshine; omputih kalah ? hahahaaa...

    ReplyDelete
  3. terliurr tengok.okay after exam nk try wat nieee >,<

    ReplyDelete
  4. rara; hahaaa...gud luck 4 your exam :))

    ReplyDelete