Wednesday, 9 November 2011

~ umpan jinak di air tenang ~

Selamat hari rabu semua...apa khabar kamu ? meh ni nak share satu video klip, bukan klip 3GP yea..hikhik. Ceritanya gini... awal pagi tadi semasa saya tengah drive, saya terdengar la SY aka Mat Saleh, Salleh Yaakob, Mak Neng @ Wak nyanyi lagu ni kat Sinar Fm - Umpan Jinak Di Air Tenang - Walaupun lagu tu di mat salehkan & berjaya dirosakkan...kesedapannya lagu nya tetap ado ! . Sampai kat rumah je saya terus cari kat YouTube, nak dengar lagi punya pasal. Sesekali bila dengar lagu-lagu lama ni, damaiiiiii je rasa hati, ditambah pula dengan lirik ala pantun yang puitis. Tabik spring la kat penulis lirik zaman-zaman dulu ni kalau nak dibanding dengan sesetengah lirik yang berkumandang sekarang ni. Ni bukan entri nak kutuk sesapa okey....tapi betul kan ? ada sesetengah lagu tu kita lansung tak boleh nak masuk kepala orang kata. Tapi kita tak boleh nak cakap lebih-lebih la kan..tu kreativiti penulisan masing-masing....

Berbalik pada cerita lagu tadi... saya cari yang versi Haziq AF4. Saya memang sokong ada anak muda yang minat dalam memartabatkan lagu-lagu tradisional ni.

video
                                                                                                                                                                                                                                        
Lirik - Umpan Jinak Di Air Tenang
 
Madah berbunga alun suara,
terdengar merdu hanya dendangan,  

wajah yang indah, di tatap saja,
hati yang satu di gadai jangan,                                                                                                                                                                                                          
jangan tergoda bintang di awan,
kalau terbitnya di siang hari,

jinak merpati, makan di tangan,
jangan di kurung di sangkar hati,

seribu senyum seribu madah,
mungkin di kuntum racun yang bisa,

kalau terkorban jiwa merana,
seribu sesal apa guna nya,

merdu di dengar indah di pandang,
awas lah umpan di air tenang,

kasih dan budi bukan mainan,
tergadai hati jiwa tebusan. 

Lirik yang indah & penuh maksud yang tersurat & tersirat kan? cuba kamu huraikan maksud lirik lagu ni...meh asah skit bakat sastera untuk mana-mana bekar pelajar yang ambik subjek sastera masa sekolah menengah dulu.. hehee  .

3 comments:

  1. Lagu sekarang banyak lirik yang mudah, bukan macam dulu penuh maksud tersirat. sedap lagu ni.

    ReplyDelete
  2. a'ahh...betul tu cikgu shikin.....

    ReplyDelete