Wednesday, 28 December 2011

macam la orang lain tak pernah makan megi....kan?

Hahahaaaaa....dah baca title kat atas tu? haaa...kan ? macam la orang lain tak pernah makan megi, hikhik....kita saje je post entri ni, sementelah...dapat gak meng-update blog yg dah lama tak berjenguk ni..... *wink.

mee megi + asparagus = tadaaaaaa.....saje je post entry ngan pic merapu di hari rabu....ngeeeee


 

Friday, 9 December 2011

" hohohooooooo.........."

Baca title kat atas tu mcm mood kemaruk nak ber-krismas la pula kan...haaa. Tapi tak yang bebenornye... Hohohoooo, baru lebih kurang 2 minggu tak meng-update blog, dah terasa macam berzaman tak update....semenjak 2 menjak ni, terasa kemalasan nak ngadap blog ni, takde idea pun ye juga ni.....anyway....As salam semua sahabat blogger, salam sejahtera....apa khabar kamu semua ? untuk yg tengah bercuti tu, enjoy ur day la kata orang kan....yang baru nak plan tu...plan la dengan bijak destinasi anda ( wahhh, gitu..ada mcm kata-kata pekerja travel agent tak ? hehehee ). Untuk yg baru balik bercuti tu....selamat kembali bekerja la ye utk yg bekerja.. 

Untuk entry kali ni, tak lain tak bukan nak cerita tentang makanan. Ngeeee, makanan..makanan..makanan.... Meh sini, nak cerita.. ari tu dok ngadap tv, layan channel masak-masak ala-ala jalan-jalan carik makan....ado la pula tertayang juadah  som tam ni a.k.a kerabu betik . Uols suka juadah ni tak ? Bila dah tengok, mula la tekak ni meroyan nak makan som tam juga tu yang kekadang malas nak melayan channel carik-carik makan ni... tapi kali ni takmo yang orang kedai buat, nak yg home-made....asli, boleh letak rencah sebanyak mana yg kita inginkan.  "Beli je kan senang....order, makan, balik." tu ayat mr hubby. Tetap juga nak buat sendiri, boleh dapat banyaaaaaakkkkk, puas makan.... kalo kat kedai, dapat semangkuk kecik je, rm 5. Tapi kalau didarab bahagi...lagi jimat beli kat kedai if nak dibandingkan dengan modal kalau buat sendiri.  


mula-mula: kita parut betik muda separuh masak @ betik yang mengkal
kemudian kita tumbuk ( jgn tumbuk sampai lumat, agak-agak pecah dah la ye.. ) bawang putih, cili padi, udang kering, kacang tanah, kacang panjang & tomato, pastu masukkan sos ikan & jus limau nipis..... then masukkan betik bersama udang geragau...gaul sebati.

tadaaaaaa...siap sudah kerabu betik kita, cukup masamnya, pedasnya..ada manisnya..ditambah pula dengan aroma udang keringnya....yummmmyyyyyyyyyyy