Sunday 23 December 2012

~ Durian Crepe ~...... mode cuba-cuba

 



Bahan- bahan ;
A:
500 gm tepung
6 biji telur
800 ml santan
1 sudu esen vanilla
1/2 sudu kecil garam
200 ml air
pewarna 
B: 
isi durian secukupnya


C:
whipping cream



Cara-cara; 
1. Campurkan kesemua bahan A, kecuali pewarna ok.... :)) blender & tapis . Kemudian masukkan pewarna kesukaan, ketepikan.
2. Pukul whipping cream hingga kental & gebu. Ketepikan.


3. Panaskan non-stick pan - api keciiiiiiik sangat , oleskan sedikit minyak masak, butter pun boleh,( saya buat pada setiap adunan ) pastu boleh letak adunan tadi, then goyang pan utk merebakkan adunan tepung senipis yg boleh. Alaa...mcm buat lempeng tu..... :))  Bila yg belah atas dah kering, kira dah masak la crepe tu or bila dah tak melekat kat pan. And, tak payah terbalikkan crepe ni tau, sebab kita nak permukaan yg licin tu kat atas nanti.

4. Pastu, ulang proses yg sama sampai habis, crepe tu boleh je letak bertimbun-timbun kat dulang yg sama, jgn risau, tak melekat punya sebab adunan kita tadi kan ada santan, kompom tak melekat uols... :))

5. & tadaaaaa...part yg paling menarik, kita isi itu filling lulian sama itu whipping cream macam pic kat bawah ni. Ikut selera masing-masing la nak letak banyak mana. Lepas tu lipat macam bentuk bantal.

    
  
  and.... walllaaaaaa, siap suda durian crepe , ngeeee.

 
 

Thursday 3 May 2012

tidur

Selamat hari khamis semua.... :D  sempat keliru kejap coz blog dah ada "new look"......ngeee, setelah beberapa lama x ngadap blog ni..sama gak mcm pesbuk yg sebok dgn "timeline" nya...huhhh, poning den, merangkak-rangkak nak biasakan diri.

Apakhabar kawan blogger semua ? Tidur nyenyak mlm tadi ?. Ahaaaa, dah alang-alang tanya perihal tidur kan... kali ni nak ceghita pasal tidur la juga, ehehee. Bukan apa, tengah sarapan tadi terbaca satu artikel tentang tabiat tidur, so terdetik di hati nak kongsi bersama kamu, kamu , kamu & kamu... :D  

tido nyenyak macam bayi.....alololoooo, comel


 ~ Tidur kurang 6 jam boleh membawa maut ~ kajian dapati ramai tak cukup rehat malam ~

Haaaa, gempak tak heading nya ? adakah kamu sebahagian darinya ?.

London; ( wahhh, terasa mcm aku pula reporter yg empunya artikel ni..hakhakk ) kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak & mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal & mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat. Kaji selidik membuktikan setiap 5 orang berasa letih luarbiasa & 1:10 mengalami keletihan berpanjangan. Kamu golongan yang mana satu ?.

Pengarah Pusat Tidur Universiti Glasgow berkata, " tidur ialah cara semula jadi yg membekalkan rehat, pemulihan & tenaga kepada manusia. Bagaimanapun, ramai daripada kita menganggap tidur cuma satu komoditi. Kita tidak menghormati pengambilan tidur nyenyak mencukupi. Mendapatkan tidur nyenyak pada waktu malam tidak pernah dianggap penting".

Menurut kajian Universiti Warwick, mereka yang tidur kurang 6 jam sehari & terganggu berisiko 48% menghidap @ meninggal dunia akibat sakit jantung @ serangan angin ahmar. 
Amalan tidur lewat & awal pagi umpama "bom jangka" kepada kesihatan. Jadi, bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko penyakit membahayakan nyawa seperti itu. Lelaki berusia lebih 65 tahun yang kurang tidur nyenyak yang cukup berisiko mendapat tekanan darah tinggi. Dan kajian juga mendapati mereka yang kurang mendapat tidur nyenyak berisiko 83% mendapat penyakit itu berbanding mereka yang tidur nyenyak yang panjang.

Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar & masalah kesihatan yang lain. Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas, kata pakar. Namun tidur yang terlalu panjang, lebih 9 jam, mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit termasuk kardiovaskular.

"Kajian yang berterusan menunjukkan semakin pendek waktu tidur, semakin tinggi risiko mengalami obesiti. Orang ramai mengambil ringan soal tidur, jadi ia tidak mungkin membantu menghilangkan berat badan, tetapi sebenarnya ia meningkatkan selera makan", - Dr David Haslam. 

So....tunggu apa lagi, mulai dari hari ini, dapatkanlan kualiti tidur yang baik & mencukupi. selamat tidur....tapi bukan sekarang la...malam nanti yea..... dadaaaaaaaaaa :))

Friday 20 April 2012

~ Bukan semua berpeluang merasainya....~




1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.


3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.


4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.


5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.


6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.


7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.


8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.


9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.


10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Sunday 26 February 2012

~ peach triffle puding ~

Bahan yang diperlukan : 

~ 1 tin susu cair
~ 1 tin air
~ 1 tin buah coktail
~ 1 tin buah peach (untuk hiasan)
~ sedikit buah pisang (kalau tak nak pun takpe)
~ 7 sudu besar gula
~ 4 sudu besar tepung kastard (sukatan membukit)
~ 1 kotak kristal jeli (saya guna perasa strawberry)
~ 1 buku kek swiss roll (kek apa pun boleh, ikut selera)

~ Mula-mula: potong kek & susun  diatas dasar bekas yg sesuai. Kemudian tuang kesemua air buah koktail tadi ke atas kek untuk melembabkannya. Macam gambar kat bawah ni...... :)


~ Lepas tu...susun separuh buah koktail tadi diatas lapisan kek bersama hirisan pisang...macam ni..

 
~ Kemudian : Masukkan susu cair, air, gula & tepung kastard ke dlm periuk & kacau. Masak dengan api sederhanan. Pastikan anda tidak berhenti mengacau supaya bancuhan tidak berketul. Kacau sehingga bancuhan menjadi mesra @ agak likat @ pekat.


lebih kurang macam ni la kepekatannya......   
~ Then tuang rata kesemua adunan kastard tadi keatas lapisan kek & buah tadi. Lepas tu boleh lah susun rata buah koktail tadi keatas adunan kastard




 ~ Lepas tu : bancuh serbuk kristal jeli mengikut arahan & sukatan di belakang kotak. Bila dah siap bancuh, tuang perlahan-lahan keatas lapisan kastard tadi. Hiaskan hirisan buah peach diatas jeli tadi sebelum jeli beku. Simpan di dalam peti sejuk lebih kurang 2/3 jam.....sajikan...yummmyyy....sluurrrrrpppp.

Haaa.....dah siap pun triffle kita...senang kan ?



 Selamat mencuba resepi yg senang & ringkas ni.... :)

Thursday 2 February 2012

~ chicken dumpling soup ~

mode; berangan sekejap..........
venue; Malaysia Masterchef Classes ??
Me; as a chef ????


"okeyyy...hari ni saya cuba tunjukkan bagaimana cara memasak satu resepi kegemaran saya, iaitu Chicken dumpling soup @ sup ayam berpunjut, @ wantan sup berinti ayam , hahahaa boleh ke gitu translate nya ?    . Masakan kali ni simple je, takde sukatan berapa gram, berapa inci, ikut suka & selera anda, senangkan ?" .

 Mula-mula :  kita perlukan kulit wantan yg halal, diulangi,  kulit waantaan & bukannya kulit popiah @ kulit kayu manis. Boleh didapati di kebanyakkan supermarket - kat bahagian frozzen. & selalunya saya guna yang bulat, but this time segi 4 pula.



Kemudian ;
kita perlukan daging ayam cincang, saya guna yang ready-made je. Then masukkan sedikit hirisan daun bawang, sedikit halia yang dicincang halus, & sebiji telur. Gaul sebati kesemua bahan tadi, lebih kurang mcm dlm gambar kat bawah ni la kan....



Lepas tu ;
Letakkan sedikit ayam tadi kat tengah-tengah kulit wantan, jangan terlampau banyak, dalam sesudu teh gitu. Then sapu sedikit air di sekeliling hujung kulit wantan tu untuk memudahkan proses pemponjotan @ pencantuman kulit wantan kita tadi. Sesapa yang pernah buat & gulung popia tahu lah apa yg saya maksudkan. Lepas sapu air kat keliling kulit wantan tu, kita lipat dari sisi ke sisi, tak kira la mcm mana, janji kesemua bahagian bercantum & isi ayam yg kat dalam tu x terkeluar.



Jadinya mcm ni ; buat la seberapa banyak yg kamu suka.....



Kemudian; kita buat kuah @ sup nya pula....part ni lagi senang.....takde sukatan air, isi je berapa banyak yg kamu suka ke dalam periuk tu, nyalakan api, masukkan 2 ketul kiub ayam *saya pakai kiub ayam knorr & sedikit garam @ garam secukup rasa la. Masak sampai mendidih.
Lepas tu; bila kuah dah mendidih, masukkan dumpling ayam tadi, masak dengan api sederhana sehingga dumpling nya timbul di permukaan, bila dumpling timbul that's mean dumpling kamu masak la yea..


Hidangkan ketika masih panas, tapi sebelum tu, taburkan sedikit daun bawang, bawang goreng & sedikit serbuk lada sulah....... selamat mencuba........ :))

Tuesday 31 January 2012

BIG fat reality ?


Tahukah anda.......

~ Ada sesetengah kajian berpendapat, makan LEMAK  tidak akan membuatkan kamu gemuk !!.

~ Makanan yang boleh menambahkan berat badan & membuat kamu gemuk adalah.....pengambilan  makanan yang mempunyai kandungan karbohidrat yg tinggi dalam jumlah yang banyak.. Makanan tinggi karbohidrat termasuk, roti, pasta, kentang, nasi & sereal. 

~ Mitos: sekeping roti bakar mempunyai kandungan kalori yang rendah berbanding dengan sekeping roti biasa.
 Fakta: kandungan roti bakar & tidak dibakar adalah sama walaupun beratnya berbeza.


 ~ Mitos: Lebih baik menggunakan madu daripada gula.
 Fakta: sebenarnya tidak banyak beza menggunakan madu ataupun gula. Keduanya mengandungi karbohidrat yang tinggi ( 4 kalori / 17 kj setiap gram ).




 ~ Mitos: pisang menggemukkan - & tidak boleh dimakan apabila kita mengamalkan makanan rendah kalori.
Fakta: pisang tidak mengandungi lemak, tetapi seperti buah-buahan yg lain ia mengandungi karbohidrat yg tinggi. 




 ~ Mitos: marjerin lemak poli tak tepu adalah kurang menggemukkan berbanding dengan mentega.
Fakta: marjerin lemak poli tak tepu & mentega mempunyai nilai kalori yang sama. Keduanya adalah sumber tenaga yg sangat padat & hendaklah dihadkan pengambilannya.




 ~ Mitos: santan mengandungi kolestrol.
Fakta: santan juga seperti minyak sayuran yang lain tidak mengandungi kolestrol. Walau bagaimana pun, ia adalah lemak tepu, dan jika diambil terlalu banyak akan meningkatkan kolestrol dalam darah.


~ Jenis makanan yang tinggi kandungan gula yang sering kita abaikan walaupun kita tahu mengenai keburukkan reputasinya.










~ Banyakkan pengambilan sayuran & buah-buahan dalam diet seharian. 






~ Amalkan gaya hidup yang sihat & pemakanan yang seimbang untuk kesihatan yang sempurna.



Monday 23 January 2012

chicken salad wrap

~ Chicken Salad Wrap ~

ni pic yg last sekali....bila da siap
beli je wrap @ tortilla segera- senang, bahan pun x susah...

sediakan salad pilihan anda....
isi ayam goreng tepung...
telur rebus....
pre-heat wrap kat kuali leper jap....
gulung-gulung time...hehe, tapi kena taruk la bhn-bhn nya dulu.... :))

tadaaaaaaaaa, siap sudah chicken salad wrap kita...moh kita cuba reramai... :))

Sunday 15 January 2012

macam-macam......


Makin hari semakin jauh jarak nak mengupdate blog ni...malas pun ye...takde idea serta bahan yang nak dikongsi bersama pun ye juga ni... boleh diterima pakai ke sebab munasabab ni, @ cuma sekadar alasan belaka ?.  Apa pun...semoga hujung minggu  anda & saya ceria selalu -' ayat ala-ala Dr Azizan Osman '. Ahakss... 

Hrmm, dah nama nya hujung minggu kan...mesti ada di antara kamu, kamu & kamu yg planning nak memasak kan?. Meh kongsi ngan saya apa juadah masakan kamu utk hari ni. Ke ada yg terfikir nak buat dessert ?. Kalau saya, ari ni & seperti hari-hari yg sebelumnya, seleranya memang macam-macam...ada aje yang nak di santap... "meragam ke ngengada... ?" ngeeeee... So, ari ni saya buat rojak sotong..... bila makan rojak ni, teringat time skolah dulu. Ni la juadah wajib saya & kawan-kawan lepas waktu  sekolah. Rojak sotong & ABC.....huhuuuu, rindu nya saat-saat indah itu. 
masih kah kau ingat wahai http://rosseedward.blogspot.com/ ?

home-made punya rojak sotong, makan bersama kuah petis
sambil-sambil tu...layan juga ole-ole dari Sibu ni, makanan berasaskan sago & fish fillet yg dijadikan jajan....yg dlm plastik tu pula...ikan pari masin, haaa...yg tu x boleh dijadikan jajan, tu boleh buat lauk sampingan je..... *wink