Friday 13 September 2013

~ Hubungan jarak jauh, bahagia @ derita ? ~


Ibarat jauh dimata dekat dihati, hubungan cinta jarak jauh menuntut pengorbanan dan kesetiaan, baik suami mahupun isteri ataupun pasangan muda mudi yang terikat dengan pengajian masing-masing. Tuntutan kerja antara salah satu sebab kenapa pasangan terpaksa tinggal berjauhan antara satu sama lain. Biarpun sukar dan cukup mencabar, namun ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Kejujuran dan saling mempercayai serta komitmen yang jitu adalah kunci sesebuah hubungan jarak jauh untuk bertahan lama. 



 

Tuesday 16 July 2013

anak Iban naik lori,
naik lori ternampak rusa,
tak terasa waktu berlari,
e'ehh, dah seminggu la kita berpuasa.

Selamat Berpuasa uols...... :))




 

Thursday 16 May 2013

~ Selamat Hari Guru ~ terima kasih cikgu.....



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

petikan puisi Sasterawan Negara ~ Usman Awang

Saturday 11 May 2013

~ When I Was Young ( love u mom ) ~



Back when i was young ,
whenever i would get sick ,
you would always be there for me ,
you would make me take a nice nap ,
when i woke up , u would there ,
with a nice hot bowl of soup .

Back when i was young ,
whenever i feel down & got a cut ,
you would be there ,ready with a bandaid ,
and a kiss to make me feel better ,

Back when i was young ,
you would sing me to sleep ,
and tuck me in at night ,
but i'm all grown up now ,
when i'm older...
I'll be as great as you .


~ selagi masih ada kesempatan....~

Emak...,
Mana nak cari kalau dah pergi....

Emak...., 
Mana nak cari kalau dah mati...



Bunyi macam kurang sedap je nak dengar kan ayat tu, terlalu kasar @ kurang puitis mungkin ?. Tapi tu la kita....terleka bila dibuai keindahan susunan kata-kata, terkesima bila kata-kata menikam jiwa. Tetapi...bila difikir balik, ada betulnya juga kan, Emak, mana nak cari kalo dah pergi, Emak, mana nak cari kalo dah mati...?. So, untuk bingkisan sempena hari ibu ni, & juga peringatan utk diri saya, untuk kamu, kamu & juga dia...mana-mana yg dok jauh tu, bawa-bawa la balik jenguk org tua tu...tak boleh seminggu sekali, 2 minggu sekali pun jadi la, sian dia rindu kat kita, mana yg dok dekat tapi tak serumah tu..rajin-rajin la tipon..jenguk-jenguk la mak tiap petang lepas balik keja..kalo tak boleh juga, 2/3 ari sekali pun jadi la...mana yg dok sebumbung tu, tiap-tiap ari la peluk cium, cakap sayang kat mak, jgn se-siakan peluang depan mata selagi ada masa !!. Saya ? saya buat tak semua tu ? TAK, saya tak berkesempatan pun nak buat semua tu sekarang ni sebab mak saya dah takde....22 taun yg lalu, masa tu saya baru darjah 4...... & kini saya seorang ibu, & saya tahu bagaimana perasaan seorang ibu.So...sayangi, hargai, belai, hormati & happy kan ibu kita mulai dari saat ini selagi ada kesempatan, selagi nyawa dikandung badan . Sebab bila emak kita dah xde...kita tak kan berkesempatan buat semua tu lagi biarpun hati teringin nak buat, biarpun sesalan tinggi melangit, nangis airmata darah sekalipun takkan jumpa mak kita balik !!. Jangan jadi mcm ni....,
"kenapa la aku tak buat cegitu, cegini kat mak dulu yea ? "
"kalau la mak masih hidup....semua benda aku nak kasi kat mak supaya mak happy, ujung dunia sekalipun sanggup pergi..demi mak, semua demi mak..."
"kalau la mak masih ada, mesti ari ni aku akan belikan mak kek sempena hari ibu..."
"kalau la mak masih ada, nak cium mak banyak-banyak...nak spend tiap2 weekend ngan mak..."

 So ari ni sapa-sapa yg rasa nak p jumpa, gelpren, bopren...kawan lama, bakal mak pak mertua, nak p nengok wayang ngan bakal tunang, nak p berjimba kat waterpark ke, nak mandi manda kat laut ke..nak teman member upload video kat KeeK ke...lupakan semua hajat anda tu......p jumpa mak, ucap selamat hari ibu, bawa hadiah...happy sikit org tua tu, korang pun dapat pahala.....