Monday, 7 November 2011

~ Ayam pencen masak kuzi & tebu di pagi raya ~

Ni sepatutnya entri semalam, ngeee....tapi disebabkan semalam busy berhari raya, so tertunda la ke hari ini... :)) Perkara biasa rasanya, bila tiba hari raya kita balik kampung, jumpa pula sanak saudara, rakan taulan, hrmm, dabel kompom ! memang sah ! xde masa nak ngadap benda lain dah kan ?. So semalam la juga saya try masak ayam pencen@ ayam tua masak kuzi. Sebenarnya ayam ni takde dalam perancangan, asal-asalnya nak masak tulang lembu masak kuzi, tapi kat pasar dah takde org jual tulang..semua HABIS ! terpaksa la cari alternatif lain, pakai ayam tua,  macam ni la yang akan jadi kalau esok hari raya, hari ni baru nak cari barang nak dimasak.

~ Ayam pencen kuzi ~ 



Bahan-bahan ;
1 ekor ayam 
500 ml santan
500 ml air
3 batang kulit kayu manis
5 biji buah pala
cili padi ( ikut selera ) - dikisar
30 gm kismis, direndam sampai empuk
1 tin ( medium ) tomato cincang
5 biji bawang putih - ditumbuk
10 biji bawang merah - ditumbuk
2 cm halia - ditumbuk
garam
1 kiub ayam
tomato dipotong 4 untuk hiasan
daun sup & bawang goreng utk hiasan

Cara memasak ;
1. perap ayam yg telah dibersihkan dengan bahan -bahan yang ditumbuk selama 1/2 jam.
2. panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, buah pala, cili padi & ayam yg telah diperap. Tumis hingga naik bau.
3. kemudian masukkan air, tomato cincang & sedikit santan. Simpan baki santan untuk diguna kemudian.
4. masak ayam dengan api sederhana & reneh sampai ayam lembut @ ikut selera anda, saya suka ayam tu liat sedikit. Masukkan  kiub ayam, kismis, garam secukup rasa & baki santan tadi. Tutup api sebaik sahaja kuah mendidih. Hiaskan dengan bawang goreng, daun sup & tomato. Hidangkan bersama ketupat pulut ataupun nasi himpit. selamat mencuba








No comments:

Post a Comment