~ 1 tin susu cair
~ 1 tin air
~ 1 tin buah coktail
~ 1 tin buah peach (untuk hiasan)
~ sedikit buah pisang (kalau tak nak pun takpe)
~ 7 sudu besar gula
~ 4 sudu besar tepung kastard (sukatan membukit)
~ 1 kotak kristal jeli (saya guna perasa strawberry)
~ 1 buku kek swiss roll (kek apa pun boleh, ikut selera)
~ Mula-mula: potong kek & susun diatas dasar bekas yg sesuai. Kemudian tuang kesemua air buah koktail tadi ke atas kek untuk melembabkannya. Macam gambar kat bawah ni...... :)
~ Lepas tu...susun separuh buah koktail tadi diatas lapisan kek bersama hirisan pisang...macam ni..
~ Kemudian : Masukkan susu cair, air, gula & tepung kastard ke dlm periuk & kacau. Masak dengan api sederhanan. Pastikan anda tidak berhenti mengacau supaya bancuhan tidak berketul. Kacau sehingga bancuhan menjadi mesra @ agak likat @ pekat.
lebih kurang macam ni la kepekatannya...... |
~ Lepas tu : bancuh serbuk kristal jeli mengikut arahan & sukatan di belakang kotak. Bila dah siap bancuh, tuang perlahan-lahan keatas lapisan kastard tadi. Hiaskan hirisan buah peach diatas jeli tadi sebelum jeli beku. Simpan di dalam peti sejuk lebih kurang 2/3 jam.....sajikan...yummmyyy....sluurrrrrpppp.
Haaa.....dah siap pun triffle kita...senang kan ? |
Selamat mencuba resepi yg senang & ringkas ni.... :)
wow..nampak menarik~~~
ReplyDeletehehee...memang menarik, tak rugi kalau cuba :)
ReplyDeletenyamai ka cey?myh mai campur nya..hehee
ReplyDeletenyamai la ros....but make sure d ngena kek swiss roll nya....enti kek lain enda berapa sepik ku....enti d ngai campur buah pun ulih ga.....
ReplyDeleteooo..hehehe..aku nda bminat meda nya..kek nya aja ka ku..:)
ReplyDelete