Wednesday 17 August 2011

~ Ayam Coca-cola ~



Coca-Cola ? kenapa ada pic ni ? apa kaitannya ?. Ahaa..nak tau ? meh baca lagi...
Untuk entry kali ni...saya nak kongsi satu resepi yang simple,  menyelerakan & senang disediakan, iaitu... "Ayam Coca-Cola." Resepi ni lebih kurang mcm resepi "Ayam Masak Kicap" juga, cuma kali ni saya tidak menggunakan kicap, sebaliknya saya gunakan  air coke untuk menggantikan kicap... pelik ke? haha...takde la..apa salahnya sesekali kita mempelbagaikan  cara untuk memasak menu harian kita.... 





Bahan-bahan ~ 

1/2 ekor ayam
1 tin air coke
100 ml air
1 inci halia ( kisar )
4 biji cili padi ( ikut selera ) (kisar )
2 biji bawang merah ( kisar )
2 ulas bawang putih ( kisar ) 
1 biji bawang besar ( dipotong kasar )
2 inci kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
1 biji cengkih 
garam
ajinomoto
daun bawang 
sedikit serbuk kunyit


Cara-cara~ 


1. Bersihkan ayam - gaul bersama serbuk kunyit & garam. kemudian goreng separuh masak, angkat & ketepikan.
2. Tumis kesemua bahan kisar tadi bersama kulit kayu manis, cengkih & bunga lawang sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam, gaul seketika, kemudian tuangkan air coke & air - biar mendidih.
4. Masukkan garam & ajinomoto secukup rasa - gaul sebati, masak lagi selama 5 minit, kemudian masukkan bawang besar bersama daun bawang, gaul sebati, angkat & hidangkan. 


Selamat mencuba... 

~ TJ~~~



 

No comments:

Post a Comment