Tuesday, 23 August 2011

~ Petua Memasak ~

Untuk entri kali ni, saya nak kongsi beberapa petua yang saya dapat dari pelbagai majalah masakan, yang boleh diamalkan untuk menyedapkan lagi masakan anda mungkin.... Selamat mencuba. 

* SUPAYA SANTAN TAHAN LEBIH LAMA 
Caranya, anda hanya perlu perah kelapa dengan menggunakan air masak. Selepas itu, masukkan ke dalam periuk & tambah dengan sedikit garam kasar. Kemudian masak di atas api sederhana sehingga agak pecah minyak. Biarkan sejuk seketika & simpan di tempat yang tidak mudah terkena air. Biasanya santan yang sedemikian rupa boleh tahan selama 2 atau 3 hari. 

*ELAKKAN PEDIH MATA
Semasa mengupas bawang merah, biasanya mata kita akan berair. Untuk mengelakkan pedih, anda hanya perlu meletakkan sebiji bawang merah dihujung pisau. Selain itu, anda juga boleh mencuba menyimpan bawang yang hendak dikupas di dalam peti sejuk selama beberapa jam. Ia bukan sahaja tidak memedihkan mata anda, malah bawang berkenaan akan mudah dikupas.

*HILANGKAN GATAL KELADI
Keladi, antara sayuran yang sedap dimakan. Namun adakalanya tangan kita terasa gatal ketika menyiang keladi. Untuk mengatasi masalah itu, sebelum menyiang, anda hendaklah lumurkan tangan dengan asam gelugur. 

*HARUMKAN BAU BAWANG TUMIS
Bagi menaikkan bau wangi ketika menumis, pastikan bawang putih dicincang terlebih dahulu manakala untuk bawang merah pula masukkan sedikit garam.

*ELAK IKAN GORENG MELEKAT
Ketika menggoreng, kadang-kadang ikan melekat dikuali. Untuk megelakkan hal itu berlaku, anda hanya perlu memasukkan beberapa keping asam keping bersama ikan berkenaan. Ataupun, apabila minyak telah panas, masukkan sedikit tepung gandum kemudian baru masukkan ikan.

*HILANGKAN RASA PAHIT BUAH PERIA
Hiris buah peria berkenaan. Kemudian gaulkan dengan garam kasar. Biarkan seketika, selepas itu cuci dengan air bersih berulangkali. Hasilnya buah peria yang anda masak tidak akan merasa pahit.

*KACANG HIJAU MUDAH EMPUK
Ketika merebus kacang hijau, anda hendaklah masukkan sedikit minyak masak ke dalam periuk & letakkan di atas api. 

*MENGHILANGKAN BAU NASI HANGIT
untuk menghilangkan bau nasi hangit, caranya, ambilkan beberapa helai daun limau purut, kemudian cari-carikkan ia & masukkan ke dalam nasi.

*TAUGE TAHAN LAMA
Ambil sebiji limau nipis & belah dua. Masukkan potongan limau ke dalam air rendaman tauge. Biasanya tauge akan kelihatan segar & boleh bertahan selama beberapa hari.

*MELEMBUTKAN DAGING
Caranya, rebuskan daging yg sudah siap dicuci bersama satu sudu serbuk soda bikarbonat. Selain itu..anda juga boleh menggunakan daun nangka untuk tujuan yang sama. Daun nangka direbus bersama daging.

*KERANG MUDAH DIKOPEK
Ketika anda merebus kerang, campurkan sesudu minyak masak ke dalamnya. Dengan cara ini kerang akan mudah dikopek.

*KURANGKAN PEDAS CILI
Gulai yang dimasak lebih menyelerekan jika dimassukkan cili padi, cili hijau ataupun cicli merah. Namun ia amat memedaskan, untuk mengurangkan rasa pedas itu, ada baiknya anda buangkan tampuk & hujung cili tersebut.

*CILI TAHAN LAMA
Cili kering yang sudah siap dimesin, jika terlalu lama disimpan akan rosak & sebagainya. Untuk mengelakkan ia berlaku, cicli tersebut hendaklah dimasak terlebih dahulu. Masukkan sedikit garam. selepas itu, biarkan sejuk sebelum dikisar. 

*SAYUR CELUR KELIHATAN SEGAR
Sayur-sayuran yang dicelur jika dimakan bersama pencicahnya, amat menyelerakan sekali. Tapi adakalanya , sayur-sayuran berkenaan kelihatan layu. jadi, supaya ia segar, masukkan sedikit minyak masak kedalam air rebusan ketika anda hendak mencelur sayur tersebut.


SELAMAT MENCUBA.......

No comments:

Post a Comment