Monday, 31 October 2011

Dream of being super-rich !!


Siapa yang tak mahu menjadi orang kaya & berharta ?. Siapa yang tak nak ada duit banyak ?, bak kata orang...duti tak habis makan walau 7 keturunan sekali pun.  Siapa yang bernah menyimpan angan & hasrat untuk menjadi orang yang paling kaya ?. ( being the wolrd's richest person ) Atau pernah berdetik kat minda "alangkah best nya kalau aku jadi anak orang kaya".  & siapa pula yang ingin hidup miskin, sudah lah miskin, hidup melarat pula tu...bak kata pepatah, "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang".

Rasanya hampir semua manusia normal, disudut pemikiran yang paling dalam, ingin menjadi orang kaya, hidup mewah, boleh berbelanja tanpa kompromi & tak perlu risau memikirkan soal kewangan. & memang sifat semulajadi manusia...bila miskin nak jadi kaya, dah kaya nak kaya lagi. Bila dah jadi orang paling kaya, ni kira super duper kaya la .  pun masih bertungkus lumus lagi kerja demi memperbanyakkan lagi pitis/ fulus yang dah sedia banyak. Kenapa ?. Mungkin kerana ini lah tuntutan kehidupan pada zaman materialistik sekarang..ada duit orang pandang, takde duit orang tendang !. Apa pula pendapat dan pandangan korang ?.

Kalau anda super-duper rich, apa yang akan anda lakukan ?. Adakah anda...... :


~ Beli segala macam pewangi idaman ? 


~ Beli kasut berjenama ?.

Kasut Christian Loubutin - purata harga sepasang 600 pounds ( Rm3,000 )

 ~ Beli beg jemana mewah ?

Hermes Birkin Bag - harga bermula dari 5300 pounds ( Rm25,015 ) sehingga boleh mencecah harga 50,000 pounds atau lebih.
   
Alexander McQueen bag bermula pada harga 845 pounds ( Rm4,229 )
~ Beli jewellry ? apa barang nak beli barang kemas kat W*** @ H***** kan ? custom made la kat jewellry boutique.... @ Tiffany ke... @ Chopard ke.....duit dah banyak kan..apa nak kisah soal harga......

Chopard
 ~ Bercuti di private island dengan cruise mewah ?


~ Menginap dekat hotel bertaraf 7 bintang  di Burj Al Arab dengan kemewahan Royal Suite ?.



~ Memilikki superbike, private jet ( toksah beratur panjang nak check-in ) & kereta mewah ?. Mesti ramai yang beratur nak ngendeng kita kan ?
Ducati 848
Mercedes SLS-AMG-Gullwing-safety-car-9

Private jet interiors design...mengalahkan susun atur sesetengah rumah.....hrmm
~ Mengidamkan mahligai mewah?. kawasan rumah seluas 5 padang bola, kat dalam ada panggung wayang, lorong bowling, swimming pool, bilik tidur 20, bilik air 15 ?. perghhh, gempak seyyyy......

 ~ Menjalani pembedahan plastik ? Tukar jantina ke ? erkkk...tak bersyukur betul kan?

~ Membeli rumah di Dubai Palm Islands ?.. untung-untung dok berjiran dengan David Beckam & Donald Trump ye dak..... :))



~ Beli baju idaman dari pereka fesyen terkemuka dunia?.



~ Credit card ? apa susah, if tak cukup cash money bila menyoping, credit card kan hado....gesek je la ...huhuhuuuu, indahnya, dunia "penyopingan" ana yang punya, huahuahuahuaaaaaa



 ~ Bina hospital, sekolah, rumah anak yatim @ segala kemudahan dikampung-kampung ?. (ohhh, so sweet.. ) 
~ Bina masjid ?. Alhamdulillah..........




~ Menderma kepada yang memerlukan, demi meringankan beban ....?






~ Atau menjalani kehidupan yang biasa & bersederhana walaupun pada hakikat wang berkepuk, harta berjuta .......... 



Friday, 28 October 2011

Novel lama pun jadi laaaa.....

Tetiba mood nak membaca pula..dah lama sangat hampir 1 tahun rasanya tak berkecimpung dalam mood pembacaan novel ni... kalau dulu, seminggu 1 novel, barang wajib beli !! . Dah la seminggu 1 novel, dah beli siap balut lagi... sayaaannngggg & tuliskan juga tarikh dibeli, pastu simpan susun elok-elok dalam almari @ dalam kotak.  Bila kita buat camni, sah ! confirm ! buku or novel kita tu akan tahan lama... cuma berhabuk je la skit kot, ahakss. Disebabkan mood membaca yang tetiba..so saya pun bongkar kotak dalam stor, keluarkan novel satu persatu sambil mencari 'tajuk'  mana yang berkenan kat hati. :))  




Novel ni dibeli pada 18.05.2000 ~ setebal 240 muka surat, dah 11 tahun rupanya tersimpan didalam kotak. Jalan ceritanya pun dah lupa. TIRAI IMPIAN.
Sinopsis : Apalah ertinya percintaan ini.......  " Kujejak  kasih semalam, mengharung rindu bagai tak bersmusim. Kepayahan jua ku tatang bagai segunung intan. takdir yang datang kusisip penuh doa, penuh redha. kesabaran yang kupertahan bagaikan sebuah percaturan. Bukan sedikit pengorbanan ini. Melupakanmu jua adalah pengorbanan. lalu aku kembali ke daerah sepi ini. Mencari kekuatan yang kian hilang. Namun langkahku kaku. Kiranya kau disitu...... menghuni daerah sepiku. "


Novel yang ni pun dibeli pada 31.08.2000 ~  setebal 350 muka surat. SEGENGGAM IMPIAN
SINOPSIS ; Perlu apa ditanya jika dia enggan bercerita..   " Diakah pelarian yang tak menemui jalan pulang ? Bertahun merantau baru kini ditemui lubuk asal. Di sini, di tanah air sendiri, dia masih menjadi pelarian...lari dari realiti. Hakikat silam payahnya untuk ditelan, peritnya bagai dijerut, meluahkannya bimbang kasih yang ditanam mati kekeringan...... "

Esok lusa habis la novel ni saya baca..next time saya share lagi ngan uols novel yang lain pula yea.. :)

Thursday, 27 October 2011

~ Darah Udang warna biru... ~

Tahukah kamu bahawa darah serangga berwarna KUNING ?. Serangga - kelas makhluk hidup arthropod yang mempunyai rangka sebuah badan 3 bahagian ( kepala, toraks & abdomen ), kaki 3 bersendi, mata majmuk & 2 antena.

Belalang

LadyBird
  
 & Tahukah kamu bahawa Udang mempunyai darah yang berwarna BIRU ?. cuba kerat isi udang, kamu akan jumpa yang darahnya berwarna biru.




& Tahukah kamu bahawa warna darah Mamalia ( antaranya : manusia / ikan paus / gajah ) berwarna MERAH ?. Hahaaa, soalan yang cliche barangkali..mesti lah semua orang sedia maklum kan ?, apadaaaaa . Warna merah itu adalah disebabkan oleh Hemoglobin yang terdapat dalam darah.  Mamalia - disifatkan - bernafas melalui udara & mempunyai tulang belakang, mepunyai jantung 4 ruang, badan dilitupi oleh bulu, mempunyai cuping telinga, bernafas melalui paru-paru, berdarah panas ( suhu badan tetap ) ,mempunyai kelenjar peluh, mamalia betina melahirkan & menyusukan anak kecuali mamalia yang sangat primitif seperti  Platypus 
 dan sesetengah Tenggiling .

Killer whale
White Bengal

& Tahukah kamu bahawa warna darah Reptilia ( antaranya; ular, iguana, kua-kura ) juga berwarna Merah ?. Reptilia - adalah haiwan yang disifatkan bertelur ( kecuali untuk sesetengah ular yang melahirkan/beranak ). Kulit yang bersisik & juga dikategorikan sebagai "berdarah sejuk".

Kura-kura

Buaya
Haiwan amfibia juga berdarah merah. Amfibia - Kelas haiwan vertebrata termasuk seperti katak, salamanders. Kebanyakkkan amfibia menjalani metamorforsis.

Katak
Salamanders

Tuesday, 25 October 2011

~ Me and MAGGI ~

Yang cepat, yang lazat, selera pasti tertambat. Every meal a delight, down to very last bite _____ 

The main dish for dinner  tonite  ~ Black Pepper Crab
Thanks to Mr Maggi ! tak payah susah-susah kopek bawang, tumbuk lada hitam..just tumis perencah black pepper ni bersama sedikit air & masukkan ketam__ tunggu 5-8 minit, siap !

 
Tadaaaaa........simple kan ? & yummmyyyyy.

Sunday, 23 October 2011

Kuih apam polka dot . . . .

Hari ni saya try buat kuih apam pula.. Apam Polka Dot...tapi takde la dot sangat pun..hehe. Aktiviti "saje" untuk menambahkan lagi kerja rumah yang dah sedia banyak... Saya punya la excited nak membuat kuih ni, tetiba satu bahan hilang, TELUR !! laaaa, lupa nak beli rupanya..hrmmm * fikir kejap, nak keluar beli, malas.... aahhh, pinjam kak ida punya dulu la.. ( kak ida tu jiran saya la ) Nasib baik la ada jiran yang baik sudi meminjamkan telur 3 biji..hehe ( tu la guna nya dok berjiran, tolong menolong..haha ). Honestly, sebelum ni memang tak pernah try buat kuih ni, selalunya beli je. Ternyata buat kuih ni takde la serumit mana..simple je.



 Bahan-bahan : 
~ 3 biji telur ~ dari peti sejuk ( that's mean kena sejukkan dulu la telur tu dlm peti sejuk ) 
~ 275 gram tepung gandum
~ 220 gram gula halus
~ 150 gram susu segar ( saya tukarkan dengan santan )
~ 3 sudu teh baking powder
~ 1 sudu kecil ovalett
~ pewarna ~ ikut suka masing-masing
~ filling yg secukupnya (masuk ke dlm piping bag@ pakai plastik bersih pun boleh, gunting sedikit bahagian hujungnya )
* filling ni boleh beli dari bakery shop, if nak lagi senang, guna jem roti @ kaya pun boleh.. & selalunya org pakai inti kelapa utk filling ni


Cara-cara membuatnya :
~ Pukul telur, ovalett & gula sampai gebu pada kelajuan maximum selama 4-6 minit.
~ Kemudian masukkan tepung, susu/santan & baking powder, pukul lagi hingga adunan sebati.
~ bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa masing-masing. Masukkan setiap adunan tadi ke dalam piping bag @ plastik yang bersih.
~ Picitkan adunan *1/4 mengikut warna pilihan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun di dalam acuan lompang.
~ Setelah itu, picitkan filling @ jem @ inti kelapa secukupnya.


Saya buat macam ni...... :))
~ Kemudian picitkan lagi aduan sehingga 3/4 penuh & dot-dot kan dengan warna pilihan . * atau terpulang pada imaginasi anda bagaimana hendak menghias.

Selain dari dot-dot, saya juga lukiskan bentuk yg lain, mcm ni :))
~ Kukus didalam periuk kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit - siap !!

 

Haaa..yg ni pula adunan yg last..dah penat nak lukis & dot dot kan..heheee
  Selamat mencuba....... :))

Friday, 21 October 2011

" Ini rabbit saya yang punya......."

Hari: jumaat,
Masa ditulis : 10:05 am....
Perkara : Saya suka bela arnab sebab saya tak suka kucing ,sebab saya alergik bulu kucing.
Pertanyaan: Siapa yang suka & minat bela rabbit ?.

Yang ni namanya : Miko, jantan, masa beli berumur 3 minggu, sekarang dah nak masuk 5 tahun, rabbit 1st kami bela. si Miko ni ada unik skit, matanya sebelah warna hitam, sebelah lagi warna biru ( tak dpt tunjuk kat dlm pic ni coz rabbit ni susah nak dok diam bila suruh pose ). Si Miko ni juga pernah buat ear surgery utk membuang maggot ( ulat nasi kata org.. ) nampak tu ? ear belah kanan tu macam koyak skit tu ? Dr.  operate & buang skit ear yg kena infection tu - no idea camner ear miko ni boleh luka & breed plenty of maggot inside ! Miko ni memang friendly, bila kita datang dekat, dia akan cium & geselkan badannya kat kita... 
Yang ni.. Kiki - female... Kiki ni kiranya soulmate Miko la.. :)) Kiki & miko ni spesis Lob ear Rabbit 
Yang ni Lala - male, umur - 4 tahun, time beli berumur 3 minggu juga ( bersama partner nya Lilo, tapi Lilo dah mati kena gigit ngan anjing liar ) - yang paling garang, sangat x friendly & suka menyendiri.
Ahaaaaa...yg ni pula, generasi ke-2 rabbit kami- breed sendiri. Yg ni  beberapa minit selepas lahir, macam anak tikus kan ?. Ni anak Lala & Kiki. Tapi yg ni bukan la anak 1st arnab2 ni..dah byk sebelum ni yg bebenornya, cuma survival mode arnab ni agak rendah sikit kalau nak dibandingkan dengan kucing. Seminggu pertama kelahiran adalah yg paling kritikal.  
Yang ni pula ketika berumur seminggu - baru tumbuh bulu & baru pandai berjalan 
Yang coklat ni Blacky ( bulunya x hitam pon ) - umur: 2 minggu. Tapi si blacky ni  dah mati..kena gigit ngan kucing jiran. Berkejar saya & suami bawa ke veterinar clinic, berjaya diselamatkan, but 2 weeks after that, mati...infection kot....
Bahagian mata yg cedera akibat gigitan kucing, kesian kan?.
Operasi menyelamat oleh Dr. Azri ( veterinar doctor )
Yang ni pula, si Bloaty, my fav !!. My son yg bagi nama ni..yg ni masa umur sebulan. Comel kan ?.
And tadaaaaa...ni si Bloaty sekarang yg kiut miut, hehe. Umur: 4 bulan, spesis; Anggora mix Lion Head. Bulu Bloaty ni memang fluffy & lembut sangat. Very friendly...
Bloaty lagi..... :))
& Bloaty lagi _ tgh menyorok makan daun pokok bunga kertas !
Yang ni Miko & Putih
Yang ni anak Lala - Lala Junior , pun sama ..garang & suka menyendiri..tengok lah tu..muka pun sombong....
Sebenarnya nak jaga arnab ni tak susah kalau dorang xde penyakit..just bagi makan yg cukup & air bersih , mandikan & sesekali grooming bulu dorang. Arnab ni juga lebih selesa kalau kita bela dalam kandang yang luas . & kajian mengatakan arnab yg dibela dalam kandang luas yg bebas mempunyai jangka hayat yg lebih panjang sehingga mencapai 7 atau 12 tahun . Berbanding dengan arnab yg dibela dlm sangkar kecil seperti sangkar yg digunakan petshop untuk display arnab-arnab utk dijual. Sekian terima kasih..haha.