Wednesday, 12 October 2011

Nak kulit cantik ?


Ingin tahu rahsia awet muda ? Mulailah hari ini dengan memakan tomato. Pasti kulit akan lebih terjaga & semakin cantik berseri. Kumpulan pengkaji dari British Society for Investigate Dermatology dari gabungan Universiti Manchester & Newcastle mendapati  bahawa dengan memakan 5 sudu sos tomato setiap hari akan membantu memperbaiki tekstur kulit & melindunginya dari sinar ultra lembayung. 
Kajian ini membuktikan bahawa tomato merupakan agen makanan yg sangat berkesan untuk mencegah penuaan, malah bermanfaat kepada pesakit-pesakit kanser. Kandungan antioksidan di dalam tomato, iaitu likopen ini ditemui di dalam tomato & ia berperanan memberikan manfaat kepada kulit.  Sementara itu, kandungan penting dalam tomato akan mencapai kepekatan optimim apabila dimasak dengan betul. Malah, antioksidan itu juga akan membantu mengurangi risiko penyakit kanser prostat bagi lelaki.

Diet menggunakan tomato boleh meningkatkan tahap prokalogen dalam kulit secara cepat. Prokalogen merupakan molekul yang memberikan nutrisi pada kulit & menjaganya agar tetap tegang. Seterusnya tomato akan meningkatkan lagi tahap pembaikan kulit yg telah mengalami proses penuaan. Sebab itu, anda jangan memandang rendah terhadap kemampuan sayuran berwarna merah ini sebagai nutrisi tambahan kerana ia sangat membantu & mula jadikan tomato sebahagian dari hidangan harian anda !.

2 comments: