Friday, 14 October 2011

Buasir oh buasir

Selamat hari jumaat kawan-kawan....bagaimana hari anda ari ni ? diharap semuanya indah & segala yang dirancang berjalan lancar. Ayat terbitan kamus dewan ? haha.   2/3 ari ni saya terasa nak post tentang info kesihatan, pemakanan, petua & segala macam benda yg menyihatkan je la. kiranya ni minggu kementerian kesihatan la..ahaks. Semalam post perihal kehamilan kan...so ari ni nak post tentang buasir pula...saja nak kongsi ilmu. :))

Buasir adalah salur darah yang membonjol & membesar pada & sekitar bahagian rektum @ dubur.Buasir boleh terjadi di bahagian dalaman atau luaran.
 
Tanda-tanda dan Gejala-gejala
~ Gumpalan lembut boleh dirasai sekitar dubur.
~ Berasa gatal @ pedih di sekitar dubur.
~ Pendarahan, darah yang segar terutamanya selepas @ semasa membuang air besar.
~ Sakit.

Lebihkan pengambilan makanan berserat & buah-buahan
5 cara atasi BUASIR
 1. Cuba elak daripada meneran ketika membuang air besar. Gegangkan otot lantai pelvik & tarik nafas dalam.
2. Elakkan diri daripada berdiri terlalu lama. Semasa berbaring, digalakkan mengiring berbanding menelentang.
3. Keraplah berenang atau melakukan senaman ringan yang dapat memperbaiki peredaran darah anda.

4. Minum banyak air dan ambil makanan kaya serat untuk mengelakkan sembelit yang boleh mencetuskan buasir. 


5. Jika berlaku buasir, beritahu doktor. Beliau akan memberi anda krim yang dapat meredakan bengkak dan mengurangkan kesakitan. 

Sumber: Majalah Pa&Ma

No comments:

Post a Comment