Tadaaaaaaa........ Yummmyy.......... |
Saya pakai ketam yg ni, kalau anda nak pakai ketam bunga tu pun boleh.. |
Bahan-bahannya :
1 kg ketam
5 biji telur masin (kukus / rebus ~ ambil yang kuning sahaja )
5 biji cili padi ( ikut selera )
tepung jagung ( untuk digaul dengan ketam )
2 tangkai daun kari
3 sudu besar mentega / butter
3 sudu besar susu cair
gula ( secukup rasa )
garam ( secukup rasa )
1 sudu besar lada putih ( ditumbuk halus )
minyak untuk menggoreng
Cara memasak :
~ Gaul ketam yg telah dibersihkan dengan tepung jagung sehingga rata, kemudian goreng ketam hingga kekuningan, angkat & ketepikan.
~ Kukus / rebus telur masin tadi, bila dah masak, ambil bahagian kuning sahaja & lenyek dengan garpu sampai berderai & ketepikan.
~ Panaskan minyak, masukkan mentega / butter, cili & daun kari, tumis sehingga naik bau.
~ Kemudian masukkan susu cair, garam, gula & lada putih secukup rasa.
~ Masukkan kuning telur yang telah dilenyek tadi.
~ Akhir sekali masukkan ketam & gaul sebati. Hidangkan ketika masih panas....
Ringkas & mudah kan ? selamat mencuba...... :))
sedap mai nya Cey..nsb ku dh kenyang..hehe..nyankung makai..:)
ReplyDeletethanks....hahaaa, try la resepi nya...mabeles la ( padaku la, hehe )
ReplyDeletehehehe..bla meh ka try neh..:P
ReplyDelete