Apabila berbicara soal kesempurnaan ini...banyak yang tak terungkai sebenarnya. Kerana persoalan SEMPURNA ini terlalu luas utk didefinasikan. Apa definasi sempurna pada anda?.Kesempurnaan ini banyak cabangnya ; kesempurnaan diri, kesempurnaan iman, kesempurnaan cinta, kesempurnaan hidup & pelbagai lagi kesempurnaan yg di cari....
Dalam mencari kesempurnaan dalam kehidupan seharian kita, pernah tak kita temui kesempurnaan ? Wujud ke dunia yang benar-benar sempurna bagi kita ? Bahagiakah kita andai segalanya sempurna ? Wujud ke manusia yang benar-benar sempurna ?
Superman sendiri pun ada kelemahannya - Kryptonite
Kesempurnaan hidup ~ apa rahsia terbesar dalam hidup ini? Ada orang kata, melewati hari ini dengan penuh makna . Makna tentang apa?. Makna tentang cinta, ilmu & iman. Dengan cinta, hidup kita akan menjadi lebih indah. Dengan ilmu, sudah semestinya hidup akan menjadi lebih mudah. Dengan iman, sudah pasti hidup akan menjadi lebih terarah.
Kesempurnaan cinta ~ Cinta itu satu anugerah. Ya....itulah kata-kata yang sering kita dengari yang selalu diperkatakan. Diungkapkan didalam hampir setiap lirik lagu atau juga kehidupan banyak orang. Yup..cinta memang indah....siapa yang menyangkal. Kerana dengan adanya cinta bisa membuat kita merasa bahagia, bertenanga, bersemangat & juga merasa seperti "orang baru" mungkin ? hahaaa.....terpulang pada rasa masing-masing. Cinta sempurna mungkin cinta yang hidup dengan kasih sayang, perngertian, tiada egois & pengorbanan yang tidak berbelah bagi. Walau berbeza sudut pandangan tapi jika seseorang itu sudah merasakan dirinya memilikki kesempurnaan cinta, perbezaan itu mereka panggil seni. Ya...seni mencintai. kerana cinta tanpa perbezaan akan terasa hampa. Ye ke ? Lu pikir la sendiri bak kata Nabil Raja Lawak, heheee.. Tapi semua kesempurnaan itu tergantung pada penilaian & definisi masing-masing. Tiada yang sempurna kecuali ciptaan yang Kuasa & sang pencipta itu sendiri.
Raut wajah yang cantik & beperwatakan menarik memang idaman semua orang. Contohnya ; gambar Rosalinda yg kat atas tu la..bak kata lirik lagu Ruffedge.....cantik menarik tertarik kau memang dabomm..sapa yang tak nak? Lantasan daripada itu, ada sesetengah orang yang ingin tampil menarik, fizikal yang terlihat cantik, sanggup menhabiskan ribuan ringgit & rela "dimodifikasikan" sesuai dengan keinginan dan tidak peduli kesakitan yang ditanggung malah bahaya yang mendatang akibat proses modifikasi tersebut. Kerana bagi mereka ini, penampilan yang luar biasa adalah kesempurnaan diri.
Mencari kesempurnaan diri seakan sudah sebati & tidak mampu dihindari oleh sesiapa pun. Apa pun pekerjaan atau aktiviti seseorang itu, ia akan bekerja keras dalam mencari kesempurnaan dalam pelbagai aspek di sepanjang proses kehidupan. Ia seolah-olah seperti takdir dalam ceritera kehidupan manusia . Apakah kesempurnaan itu bersifat universal ? Tepuk dada tanya selera....
Ring the bells that still can ring,
forget your perfect offering,
there's a crack in everything,
that's how the light gets in.
~ Leonard Cohen
Kadang-kadang....ketidaksempurnaan itulah yang menyatukan kita.......
lumrah dunia..Tuhan ciptakan setiap hambanya tanpa ada seorang pun yang sempurna..jika ada yg betul2 sempurna, mungkin satu bonus.. :)
ReplyDelete