Thursday, 13 October 2011

HAMIL ???????


Tips mengurangkan rasa tidak selesa saat hamil.
 MASALAH : Mual @ muntah
Punca: Ketidakselesaan terjadi akibat kehadiran hormon beta HCg yg bertindak balas pada bahagian otak. Kebanyakan kehamilan mengalami masalah ini di antara minggu ke - 8 hingga ke - 12. Namun ada yang berlarutan hingga minggu ke - 20.
Cara Mengatasi
1. Makan kerap tetapi dlm jumlah yg sedikit.
2. Kurangkan pengambilan makanan berlemak & mengandungi garam yg byk.
3. Makan lebih buah-buahan yg tinggi pottasium seperti anggur & pisang @ minum air kelapa.
4. Elak minuman berkarbonat & berkafein kerana ia boleh menambahkan rasa loya.
5. Jgn ambil jeruk @ asam sebab ia mengandungi byk asid, garam, perisa & pewarna tiruan.

Masalah : Sembelit @ kembung perut
Punca : Masalah ini kerap berlaku di awal kandungan akibat peningkatan hormon progesteron yg menyebabkan pergerakan peristalsis usus menjadi perlahan. Oleh kerana itu jugalah angin di dlm badan sukar dikeluarkan.
Cara mengatasi
1. Minum air mencukupi minimum 6-8 gelas sehari.
2. Ambil serat mencukupi terutamanya sayuran berdaun hijau.
3. Elakkan sayuran berkacang kerana ia boleh menghasilakn gas di dlm usus.

Amalkan  cara pemakanan yg sihat & seimbang
Masalah : Sakit belakang @ pinggang
Punca : Berlaku akibat penyesuaian badan & tulang belakang terhadap perubahan graviti tubuh. 
Cara mengatasi 
1. Menjaga posisi tubuh ketika duduk, berjalan & berdiri.
2. Lakukan urutan yg sesuai & perlahan di bahagian bermasalah.

Masalah :  Bengkak kaki
Punca: Masalah ini adalah normal dlm kehamilan. 30% wanita hamil akan mengalami masalah ini sejak dari awal usia kandungan.
Cara mengatasi
1. Alas kaki dgn bantal @ kusyen setiap kali berbaring @ tidur.
2. Kurangkan pengambilan makanan yg mengandungi garam yg tinggi.
3. Banyakkan berehat apabila masa mengizinkan.

Masalah : Kaki kejang
Punca : Lazimnya berlaku kerana kekurangan kalsium dlm tubuh.
Cara mengatasi
1. Ambil kalsium drpd tablet @ minum susu mencukupi sekurang-kurangnya 3 gelas sehari.
2. Lakukan senaman regangan kaki yg sesuai diamalkan oleh wanita hamil.

 Masalah: Gusi berdarah
Punca : Berlaku kerana gusi menjadi lembut. Tambahan pula, peningkatan estrogen menyebabkan bekalan darah meningkat.
1. Gunakan berus gigi yg lembut.
2. Jika masalah kian serius, segera dapatkan pemeriksaan doktor gigi. 
3. Sebaik mengetahui pengesahan kehamilan, anda digalakkan utk kerap mendapatkan pemeriksaan gigi sekitar bulan ke-5 kehamilan.

Masalah : Kesan regangan
Punca: Terjadi akibat peningkatan berat badan ketika hamil. Kawasan yg paling ketara adalah perut. ekoran drpd pembesaran bayi, perut turut mengembang sehingga menyebabkan kulit di bahagian tersebut pecah. 
Cara mengatasi
1. Sapukan losyen @ minyak pelembab bermula drpd minggu ke-12 kehamilan. Lebih bagus jika anda gunakan pelembab yg mengandungi zink kerana kandungannya dpt membantu menguatkan lapisan kolagen pada kulit.
2. Kerap melakukan urutan lembut dpt mengurangkan kesan regangan & meransang tisu baru utk tumbuh.

Masalah: Letih@ lesu
Punca: Ketika hamil, isi padu darah meningkat. Jadi, jantung terpaksa bekerja lebih kuat utk mengepam darah. Malah hB juga mudah cair. sekiranya menghidap anemia, anda lebih mudah berasa letih.
Cara mengatasi: Ambil masa utk berehat seketika terutamanya di waktu petang dgn berbaring secara mengiring. Keadaan ini paling bagus sewaktu hamil kerana aliran darah dpt berjalan lancar. Lebih drpd itu, rahim berupaya mendapat bekalan darah yg mencukupi.



Masalah: Berat badan berlebihan
Punca: Masalah ini terjadi apabila anda kerap mengambil jumlah kalori yg melebihi drpd jumlah penggunaannya.
Cara mengatasi : 
1. Jaga amalan pemakanan.
2.Kurangkan garam & karbohidrat.
3. Tingkatkan pengambilan protein.
4. Nyahkan drpd fikiran, istilah makan utk 2 org.   

Sumber : Dr Rasliza Ramli, Pusat Perubatan KPJ Kajang.

4 comments:

  1. precaution steps for the future soon..hehe..:)

    ReplyDelete
  2. ahhaha . nanti ak hamil . ak try wat :)

    ReplyDelete
  3. suka tngok bantal tuh. mcm best jer.

    ReplyDelete
  4. a'aah..mcm best je kan? ingat nak cari juga, buat tido pun best gak tu rasanya,hikhikhik

    ReplyDelete